Virus COVID-19
KREDIT FOTO: sciencealert.com
Jangkitan novel coronavirus ataupun nama barunya Covid-19 sangat membimbangkan penduduk dunia. Walaupun jangkitan ini bermula di bandar Wuhan, China, jangkitan ini telah tersebar di negara lain termasuk Malaysia.
Memetik The Star, data yang terkumpul sehingga 15 Februari tahun ini, dua warganegara Malaysia disahkan positif jangkitan virus berkenaan, manakala 37 lagi statusnya masih belum diketahui.
Walaupun jangkitan Covid-19 ini masih baru di negara kita, kita juga patut tahu bahawa banyak virus dalam sejarah yang telah ditemui dan membunuh manusia.
Kita akan melihat 5 virus lain yang paling berbahaya dalam sejarah peradaban manusia.
Virus Marburg
Virus Marburg
KREDIT FOTO: en.wikipedia.org
Saintis mengenal pasti virus Marburg pada 1967 di mana beberapa pekerja makmal terdedah dengan beberapa monyet diimport dari Uganda yang dijangkiti virus berkenaan.
Virus ini sama dengan Ebola, bermakna orang yang dijangkiti boleh mengalami demam panas dan juga pendarahan di seluruh badan menyebabkan berlaku kegagalan organ dan kematian.
Kadar kematian akibat virus ini meningkat pada 80 peratus pada 1998-2000 di Republik Demokratik Congo. Menurut data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Angola diserang wabak sama pada tahun 2005.
Virus Ebola
Virus Ebola
KREDIT FOTO: thesurgeryuganda.org
Serangan Ebola pertama terjadi pada 1976 di Sudan dan Congo. Ia tersebar melalui sentuhan dengan darah atau mana-mana cecair dalam badan, ataupun tisu daripada manusia mahupun haiwan yang dijangkiti.
Kadar kematian akibat virus ini adalah 50 peratus, dan meningkat sebanyak 71 peratus di kawasan Sudan, menurut WHO. Kawasan barat Afrika adalah kawasan paling kompleks untuk menangani virus ini.
Virus HIV
Virus HIV
KREDIT FOTO: medicalnewstoday.com
Dianggarkan 36 juta kematian akibat HIV sejak pertama kali dijumpai pada awal 1980-an. Pada zaman sekarang, ubat antivirus yang sangat kuat membantu manusia untuk hidup bertahun-tahun dengan HIV.
Tetapi, virus ini masih menghantui negara-negara yang mempunyai kos sara hidup sederhana dan rendah dengan kadar 95 peratus jangkitan HIV yang baru mula muncul. Hampir satu daripada 20 orang dewasa di kawasan selatan Sahara di Afrika disahkan positif HIV.
Virus Smallpox
Virus smallpox
KREDIT FOTO: Smallpox, cdc.gov
Pada 1980, WHO mengesahkan dunia bebas daripada jangkitan smallpox. Bagaimanapun, sebelum tahun itu, smallpox menjangkiti manusia selama ribuan tahun, membunuh satu daripada tiga manusia yang dijangkiti. Kepada yang terselamat, badan mereka akan mempunyai parut yang sangat dalam dan kekal, selain mata menjadi buta.
Di luar benua Eropah, kadar kematian adalah lebih tinggi apabila pelancong yang dijangkiti pulang ke negara asal dan menyebarkan virus berkenaan. Dilaporkan, 90 peratus penduduk asal Amerika mati akibat jangkitan smallpox yang berasal dari Eropah.
Memasuki abad ke-20, 300 juta kematian dicatatkan akibat smallpox.
Hantavirus
Hantavirus Pulmonary Syndrome (HPS) mula menjadi perhatian pada 1993 di Amerika Syarikat. Seorang lelaki dan tunangnya yang menetap di area Four Corners di Amerika terbunuh selepas beberapa hari mengalami sesak nafas.
Beberapa bulan selepas itu, penguatkuasa kesihatan mengasingkan hantavirus daripada seekor tikus spesis Peromyscus ataupun deer mouse yang berada di dalam rumah salah satu pesakit dijangkiti.
Deer mouse
KREDIT FOTO: abqjournal.com
Deer mouse adalah spesis tikus yang senang dijangkiti Hantavirus. Virus ini tidak berpindah dari satu manusia ke manusia yang lain, tetapi melalui zarah-zarah di udara yang dihidu manusia. Zarah-zarah ini mengandungi segala jenis yang datang dari badan deer mouse seperti air kencing.
Dilaporkan, 600 penduduk di Amerika dijangkiti dan 36 peratus daripada mereka mati akibat virus ini. - CARI |