Khalid Abdul Samad dalam satu majlis ketika masih bergelar Menteri Wilayah Persekutuan. Kredit foto: Facebook
Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) mungkin tidak diadakan lebih awal memandangkan Pakatan Harapan (PH) mendakwa mereka sudah menerima sokongan yang mencukupi daripada Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.
Perkara itu dinyatakan oleh Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad.
Memetik laporan Malaysia Gazette, PH masih tidak beroleh sokongan dua pertiga namun jumlah yang diperolehi mencukupi untuk mendapatkan majoriti mudah.
"Tidak, kita tidak bincang mengenai PRU. Kenapa perlu bazirkan duit rakyat untuk mengadakan PRU sedangkan kita boleh dapat majoriti.
"Majoriti dua pertiga adalah perkara lampau dan tidak perlu dibincangkan lagi. Majoriti mudah sudah cukup untuk PH membentuk kerajaan," katanya.
Terdahulu, bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu menghadiri mesyuarat Majlis Presiden PH yang dipengerusikan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH. Kredit foto: Facebook
Berhubung mesyuarat itu, Khalid berkata, banyak isu yang dibincangkan dan ia menghasilkan keputusan yang positif.
Namun, isu calon Perdana Menteri yang bakal mengetuai kerajaan PH yang baharu tidak dibincangkan.
Beliau juga enggan mengulas lanjut tentang status Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mengisytiharkan keluar dari PH baru-baru ini.
Sama-sama kita tunggu dan lihat apa episod seterusnya dalam drama politik tanah air yang penuh kejutan ketika ini. - CARI |