Jika sebelum ini Cik B, anak kepada Datuk Seri Vida (DSV) pernah dikritik kerana memakai alat solek tidak sesuai dengan wajah, kali ini dia mencuri perhatian netizen apabila tampil penghias muka hadapan majalah NONA.
Kredit foto: Carian Google
Apa tidaknya, Cik B kelihatan lain dan matang sekali berbanding sebelum ini. Ini berikutan DSV yang telah memuat naik foto muka depan edisi Mac 2020 untuk tatapan umum di laman sosial instagram beliau.
Tambahan kapsyen foto yang agak kelakar memang mencuit hati!
"Hambekkk mana makcik bawang yang selalu dok kutuk @cikb_havoc66. Tengok gambar ni meroyan ke? Bernanah?"
"Cik B cantik wey, sila hadam ye. Ko mampu? Cik B dah improve banyak berkat sokongan semua," tulisnya lagi.
Kredit foto: Carian google
Menerusi foto tersebut, Cik B telah mengenakan gaun mewah berwarna hitam perak manakala rambutnya dibiarkan jatuh melepasi bahu. Wajahnya dihias glamour hasil solekan 'smokey' dan manis berlipstik merah jambu.
Netizen yang melihat gambar tersebut rata-rata memuji kecantikan sebenar Cik B. Mana tidaknya, sebelum ini Cik B lebih selesa menggayakan pakaian ala-ala tomboi dan ke arah kelelakian.
Tak mengapalah, nanti Cik B besar dan meningkat dewasa, pasti cantik macam ibunya juga. Betul tak? - CARI
|