Kredit foto: Twitter
Status Twitter Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli tentang makanan segera pada 26 Februari telah mencetuskan reaksi kurang senang dalam kalangan netizen.
Dengan merujuk kepada gambar yang disiarkan dalam media sosial World Economic Forum, dia mengaitkan makanan segera dengan kerosakan daya ingatan.
Mungkin bekas Ahli Parlimen Pandan itu cuba hendak berseloroh namun usahanya membuat lawak memang tidak menjadi.
Lebih-lebih lagi apabila dia turut menyebut tentang kurniaan makanan segera daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kepada petugas media yang berkampung di luar Istana Negara.
Seri Paduka mencemar duli mengurniakan sendiri makanan kepada petugas media di luar pekarangan Istana Negara. Kredit foto: Facebook Istana Negara
"Lunch mingguan dengan anak dan isteri di McD mungkin kena semak semula.
"Media yang dapat fastfood dari Agong jangan sampai terlupa apa nak lapor.
"Makanlah keropok lekor dan satar ikan, lebih protein," katanya bagi menjelaskan 'pengajaran' dari gambar-gambar yang disiarkan World Economic Forum.
Apa pula komen netizen terhadap status Twitter Rafizi itu?
Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Twitter
Rafizi sepatutnya mencontohi Seri Paduka yang sentiasa mengamalkan sikap mesra dan prihatin dengan kebajikan petugas media yang membuat liputan tentang isu pembubaran kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan pembentukan kerajaan baharu. - CARI |