Bayangkan tiket penerbangan ke luar negara yang selama ini mahal tiba-tiba boleh dibeli dengan harga murah, memang ramai yang merebut peluang tersebut. Antara destinasi yang disebut-sebutkan ialah ke Korea Selatan dengan harga tiketnya tidak sampai RM200 pun untuk dua hala.
Bagaimanapun, ada yang mengatakan promosi murah itu kerana kekurangan penumpang akibat penularan Virus COVID-19 yang menyebabkan syarikat penerbangan terpaksa menawarkan harga promosi istimewa.
Tetapi, wajarkah kita merebut peluang tersebut di kala kekalutan begini?
Twitter
Menurut warganet, ada rakan mereka menggunakan alasan peluang ini hanya sekali membuatkan mereka sanggup mengambil risiko untuk melancong ke sana. Ada pula yang menggunakan alasan mahu menghilangkan tekanan bekerja, jadi ini adalah peluang terbaik untuk menikmatinya.
Mengejutkan apabila ada segelintir rakyat Malaysia yang mengambil mudah perkara ini atau menganggap mereka tidak terkena dengan virus yang senang mengjangkiti manusia ini. Bagaimanapun, ada juga yang makan nasihat sebenarnya.
Sedangkan Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri sudah mengeluarkan amaran bahawa Korea Selatan adalah negara kedua selepas China yang teruk terkena virus yang belum ada penawarnya ini.
Twitter
Lebih aneh, mengapa syarikat penerbangan masih boleh beroperasi ke negara-negara berbahaya seperti ini? Mengapa perlu memperjudikan nasib rakyat Malaysia? Atau sebenarnya kita yang terlalu risau? - CARI
|