Soffi Jikan terpaksa membatalkan impian untuk bekerjasama dengan produksi Bollywood.
Katanya dia memilih untuk membintangi filem Jodoh Syaitan.
Soffi kata mungkin ada pihak yang tak percaya sebab dia sendiri pun terkejut dengan tawaran tersebut.
Foto: IG
"Sebenarnya sekitar 2018, saya pernah ditawarkan berlakon dalam sebuah iklan terbitan produksi Bollywood dan itu merupakan impian saya," katanya kepada mStar Online.
Tambahnya dia dapat pegang watak utama.
"Memang saya nak sangat tapi memikirkan komitmen ketika itu saya ada menerima tawaran berlakon filem Jodoh Syaitan, saya terpaksa tolak."
Pelakon Jodoh Syaitan, Foto: mStar Online
Soffi kata dia tak boleh nak beritahu iklan apa dan nama produksi tersebut atas sebab-sebab tertentu.
"Terpulanglah nak percaya atau tidak," katanya.
Tak mengapalah. Mungkin belum ada rezeki. Tunggu sahaja tawaran dari Bollywood lagi pada masa akan datang. -CARI |