Kredit foto: Instagram Lando Zawawi
Usaha pengasas Ikatan Silaturahim Brotherhood, Azlan Sani Zawawi atau Lando Zawawi menampal jalan berlopak memang sudah diketahui umum dan mendapat pujian.
Malah, mereka turut memberi sumbangan kepada masyarakat dengan menggunakan duit poket sendiri.
Sementara itu, beliau telah berkongsi satu video aksi kurang senang seorang pemandu kenderaan yang sengaja menjatuhkan kon undang kecaman orang ramai.
Di dalam video berdurasi 0:35 saat itu, pemandu dilihat menolak kon selenggara jalan raya ketika jalan sesak.
Walaupun sudah diberi teguran, dia dengan selamba menghiraukannya.
Rata-rata meluahkan rasa marah kerana pemandu langsung tidak menghormati kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya.
Kredit foto: Instagram Lando
Kesesakan jalan raya kerana usaha penyelenggaraan jalan raya adalah untuk kesejahteraan rakyat jua.
Penyelenggaraan yang sempurna pula adalah untuk elak sebarang risiko nahas. Takkanlah itu pun nak marah bang! - CARI
|