CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3982|Reply: 8

Ikan Singgang Mempunyai Bahan Pemusnah Mikrob, Mungkin Penawar Covid-19?

[Copy link]
Post time 9-3-2020 12:33 PM | Show all posts |Read mode
Siapa sangka menu mudah ikan singgang yang merupakan menu kegemaran kebanyakan rakyat Malaysia ini mampu menjadi penawar Covid-19, wabak yang semakin menular ketika ini, yang telah meragut ribuan nyawa di China.


Foto: carian internet





Menurut Pensyarah Fakulti Perikanan dan Sains Makanan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Azizah Mahmood, Ikan singgang berpotensi untuk merawat Covid-19 kerana mengandungi pelbagai ramuan dan bahan yang mampu untuk menghapuskan mikrob.





"UMT tidak pernah menjalankan apa-apa kajian berkaitan ikan singgang serta Covid-19, dan tidak mengesahkan menu itu mujarab untuk merawat penyakit berkenaan.


"Walau bagaimanapun, berdasarkan banyak kajian yang dijalankan ke atas bahan-bahan yang digunakan dalam menu traditional itu, berkemungkinan berpotensi untuk merawat," jelasnya, memetik Harian Metro.


Bahan-bahan yang terdapat dalam menu masyarakat Melayu itu, iaitu serai, kunyit, halia dan asam keping mampu memusnahkan mikrob. Namun tambahnya, ujian klinikal secara menyeluruh perlu dijalankan bagi mengesahkan samaada ikan singgang ini mampu atau tidak merawat Covid-19.


"Bukan senang sebenarnya untuk mengesahkan menu singgang itu mujarab atau tidak, hanya melalui kajian tertentu sahaja dapat mengesahkannya.

"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah tentu menetapkan prosedur sewajarnya untuk memusnahkan virus berkenaan dan kajian tidak boleh dijalankan dengan sewenan-wenangnya.


"Oleh itu, saya harap orang ramai tidak keliru dengan kenyataan saya itu kerana ujian klinikal tidak pernah dijalankan ke atas menu ikan singgang dan Covid-19," katanya.


Pendapat penulis, tiada salahnya sekiranya kita mencuba. Ikan singgang adalah menu sihat, mempunyai banyak khasiat serta telah lama menjadi menu sihat masyarakat melayu. Lagipun, hospital kerajaan sendiri ada menghidangkan menu ini kepada para pesakit mereka. Kita sendiri sedia maklum bahawa dilaporkan 22 pesakit Covid-19 telah sembuh dan discaj. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2020 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Dakwaan Dr ni sama dengan dakwaan Dr di indonesia. Indon claim jamu
Jamu & singgang bahan sama
Lucu ginseng cina yang mahal dan overrated tak dapat bunuh virus tapi jamu boleh
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2020 12:58 PM | Show all posts
macam tu buat lah testimoni kat suspek2 covid19 ni. Boleh tengok kebersanannya ok ke tak.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2020 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
nak lariskan lauk pindang ke.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2020 02:57 PM | Show all posts
Penawar mustahil tapi kalau dilihat bahan2nya terutamanya asam kaya dengan vitamin C boleh bantu tingkat daya tahan badan.  Sekadar halia bawang putih umah wuhan pun dah lama makan tapi tetap ramai yang terkena juga.  Sama macam masakan orang india rasem ada ada bawang putih dan asam jawa didalamnya kalau deman cepat kebah sebab ada unsur vitamin c nya tu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2020 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau betulujarab, leluhur ni yg beratur lama & paling panjang dekat gerai2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-3-2020 03:17 PM | Show all posts
Edited by limenotlemon at 9-3-2020 03:18 PM

saya pernah melihat di instagram, ubat segala macam penyakit itu hanya 7 butir kurma dan bersolawat pagi petang.


salam,
bunga papan jakarta
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2020 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
pakat lakula lauk pindang nanti ni hihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2020 12:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku selalu makan.. Ye ke dok ntah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 09:23 AM GMT+8 , Processed in 0.153896 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list