Sejak kebelakangan ini landskap politik di Malaysia kelihatan bergelora dan huru hara seketika. Namun, kini keadaan semakin beransur pulih setelah selesai perlantikan Perdana Menteri yang baru serta barisan kabinet yang baru.
Namun dalam pada itu, terdapat pula drama-drama tambahan apabila abang kepada Syed Saddiq iaitu bekas kepada Menteri Belia dan Sukan memilih untuk menyertai Pemuda Umno.
Harini pula kita digemparkan dengan penyebaran poster di media sosial twitter terutamanya apabila seorang instafamous terkenal, King Coco bertanding sebagai calon Ketua Srikandi Parti Bersatu Bagan Serai.
Anda ingat lagi tak King Coco 'lots of mix' ni?
Apa lagi, netizen yang melihat poster tersebut terus mempertikaikan keputusan tersebut dan ramai berpendapat bahawa King Coco atau nama sebenarnya, Marshaira Ismail tidak sesuai sama sekali untuk terjun dalam bidang politik. Katanya dah menang? Betul ke?
King Coco yang dahulunya tular di media sosial kerana 'slang' percakapannya yang unik sekaligus menjadikan dirinya terkenal di kalangan warga net. Kini, dia telah pun berkahwin dengan seorang ahli perniagaan dan dikurniakan seorang anak dan kini dikhabarkan sedang hamil anak kedua.
- CARI