"Mana ada promosi LGBT. Apa yang ditampilkan hanya lakonan semata-mata."
Datin Alyah menafikan dakwaan program Parodi Malaya di saluran YouTube mempromosikan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).
Kredit foto: IG
Berkata kepada Harian Metro, penyanyi itu juga kesal hal berkenaan dijadikan isu.
Alyah berkata demikian susulan menampilkan pelakon kelahiran Singapura, Roslan Shah sebagai watak Mak Kundur menerusi episod Bawang Putih Bawang Merah.
Kredit foto: IG
"Mana ada promosi LGBT. Dia (Roslan) masih berpakaian dan berpenampilan lelaki pada waktu biasa. Lainlah kalau saya menggunakan 'individu' sebegitu, baru orang boleh kata saya promosi LGBT.
"Apa yang ditampilkan hanya lakonan semata-mata sama seperti yang dibuat orang lain dalam sitkom atau pentas pertandingan lawak. Penampilan dia sekadar menjayakan watak diberikan," jelasnya.
Tambah Alyah, hanya tiga episod memerlukan Roslan memainkan watak wanita.
Penyanyi itu turut menegaskan bahawa dia langsung tidak berniat mencipta kontroversi untuk melonjakkan populariti program itu.
"Bagi saya, Parodi Malaya ini diterbitkan sekadar untuk hiburan dan mengembalikan nostalgia cerita dongeng dahulu kala. Jangan pandang ia sebagai sesuatu yang negatif, sebaliknya sebagai seni dan lakonan semata.
"Dalam masa sama, saya mahu generasi muda mengetahui kita pernah ada kisah dongeng sebegini yang kian dilupakan. Cuma bezanya, saya persembahkan dalam bentuk parodi komedi," katanya.
Mungkin sebab golongan LGBT semakin berani bersuara menyebabkan masyarakat semakin bimbang dengan gejala golongan itu. - CARI |