Anak ibarat kain putih. Ibu bapalah kelak yang akan mencorakkannya.
Namun lain pula kesnya dengan pasangan bercerai ini yang mana kisahnya dikongsikan oleh seorang perunding kaunseling keluarga dan guaman syarie, Puan Suzana Ghazali menerusi F@cebooknya.
Ada dua masalah yang berlaku di sini. Masalah pertama apabila wanita ini mendakwa bekas suaminya suka bermain dengan kemaluan anak lelaki mereka walaupun perlakuan itu telah ditegur sebelum ini.
Kredit foto: Facebook Puan Suzana
Masalah kedua - beliau cuba membuat aduan kepada pihak polis tapi maklumbalas dari pihak polis amat mengecewakan.
Kredit foto: Facebook Puan Suzana
Terkesima dengan sikap si bapa dan pihak polis sebegini. Kes macam ini nak adu di mana sebenarnya?
Sementara itu, wargamaya memandang serius perkara ini mempersoalkan tindakan si bapa serta pihak polis yang bersikap endah tak endah.
Kredit foto: Facebook Puan Suzana
Dewasa ini, banyak berlaku kes kanak-kanak sudah cepat naik syahwat. Contoh kes - kanak-kanak berusia 12 tahun merogol kanak-kanak berusia 4 tahun.
Hal sebegini berlaku bermula dari perkara-perkara yang pada mulanya dianggap gurauan. Belum lagi dikira kes pedofilia grooming.
Maka di sinilah pentingnya pendidikan seksualiti dan penjagaan maruah kanak-kanak. Ilmu seksualiti wajar diberikan perhatian supaya umat Islam tidak terjerumus dalam perilaku sumbang. - CARI
|