Panik orang ramai yang berada di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) apabila sebuah perodua Kancil yang dipandu seorang wanita secara tiba-tiba masuk ke balai pelepasan di tingkat satu bangunan itu.
Dikatakan ia melalui pintu cermin automatik berhampiran kaunter daftar masuk.
Kredit Foto - Malaysian Modders
Memetik laporan Sinar Harian, rupa-rupanya wanita berusia 55 tahun itu mengalami tekanan perasaan dan memandu seorang diri.
Kredit foto: Facebook Gabungan Anak Terengganu
Kecekapan kakitangan LTSM berjaya mengawal keadaan dengan memujuk dan menenangkan mangsa daripada bertindak agresif bagi mengelak berlaku kemalangan dan kerosakan harta benda.
Kredit Foto - Facebook Sinaran Hairan
Pihak LTSM terpaksa menolak keluar perodua Kancil dari balai pelepasan dengan wanita itu di dalam kereta kerana beliau enggan keluar dari kereta berkenaan.
Kredit Foto - Khalifah Media
Yang menyedihkan ialah melihat komen warga maya yang agak kurang sensitif serta mengaitkannya dengan politik pula. Kereta terbang pun ada.
Nasib baik ada juga segelintir warga maya yang berasa simpati dengan keadaan pemandu tersebut serta berasa kecewa dengan sikap warga maya lain yang buat lawak akan keadaan pemandu tersebut.
Tak tahulah siapa yang sebenarnya sakit mental sekarang ni. Masalah kesihatan mental sudah acap kali dibincangkan secara ilmiah tetapi berapa kerat yang sedar dengan isu ini yang dianggap tabu dalam masyarakat?
Ia amat berbeza dengan masyarakat luar negara yang berani bercakap secara terbuka dan memberi sokongan menanganinya.
Apapun semoga pemandu tersebut dapatkan rawatan dan kembali sembuh seperti sediakala. - CARI |