CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4522|Reply: 41

Pelajar Tahfiz Pecah Organ Dibuli Senior

[Copy link]
Post time 12-3-2020 04:27 PM | Show all posts |Read mode
Seorang pelajar sebuah maahad tahfiz pecah organ akibat dibuli tujuh pelajar Tingkatan Tiga hingga Tingkatan Lima.


Berikutan itu, tujuh pelajar terbabit ditahan dan empat pelajar yang menjadi saksi di tempat kejadian dipanggil bagi memberi keterangan, lapor Berita Harian.




Foto: FB



“Berikutan kejadian itu, mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Tanjong Karang (HTK) sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk rawatan lanjut,” kata Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Noor Janihan Nanyan.


Kes disiasat mengikut Seksyen 325/147 Kanun Keseksaan (KK).


Terdahulu, seorang pengguna Facebook mendakwa abang mangsa memuat naik gambar adiknya terbaring di hospital mendapat perhatian warga maya.

"Doktor memberitahu kemungkinan organ limpa akan dibuang dan menyebabkan sistem imunisasi badan tidak berfungsi (mudah dijangkiti penyakit)," katanya. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2020 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Sial betul ....baca berita ni buat hati panas. ...budak.yg suka buli ni mak bapak depa macam mana ya? ?....tak.guna
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2020 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahfiz = liwat = buli.....semata2 kerana ibu bapa selfish fefeeling bole masuk sorga..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2020 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Astaghfirullahalazimmm.. Semoga cepat sembuh dik. Tak dapat bayangkan macam mana dia menahan sakit masa kena buli
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2020 05:37 PM | Show all posts
Budak masuk tahfiz selalu yang cenderung nak belajar agama. Paz percaya budak-budak macam ni mesti betul-betul nak belajar ilmu agama.

Adakah yang kaki buli ni masuk sebab parents atau orang lain yang suruh?
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2020 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga si pembuli mendapat hukuman yang setimpal dan seterusnya insaf dengan kelakuan mereka
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2020 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Panggil ke tujuh tujuh penjahat tu. Sorang derma satu organ. Parents kena setuju lah. Kalo tak boleh derma. Setiap bulan without fail bayar kat tabung kesihatan utk mangsa ni. Transfer kat akaun bank.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2020 06:33 PM | Show all posts
kena tutup la semua tahfiz..kat sekolah pun kalau ada buli...tutup teruih sekolah...kalau tempat kereja ada buli...tutup teruih tempat kereja..kalau negara ada kes buli...tutup teruih kes buli...ini kalau ikut logik penduboq2 liberal la...depa kan pandai mengaplikasikan hukum hakam keadilan sosial...wakakakakakakakakkakaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2020 06:37 PM | Show all posts
paz replied at 12-3-2020 05:37 PM
Budak masuk tahfiz selalu yang cenderung nak belajar agama. Paz percaya budak-budak macam ni mesti b ...

kadang2 bukan faktor ibu bapa, atau persekitaran...tetapi faktor individu itu sendiri...budak2 ni kan dalalm usia remaja...sama ja macam remaja di luaq sana...depa berada dalam emosi yang tidak stabil..mencari pengaruh...dan macam2 lagi....kalau dah ketegaq sangat pun hang ajaq lagu mana pun memang payah nak ubah depa..kecuali depa merasakan kesakitan fizikal sama ada menerima hukuman ataupun kerana kemalangan jalan raya..mahupun ditimpa penyakit..baru la depa ni mungkin boleh berubah.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2020 07:05 PM | Show all posts
tak memasal terjejas sistem imun!
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2020 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
hmm pusat tahfiz tak pernah nk belajar dr pengalaman2 pusat yg lain yg kena buli.. benda ni akan terus berputar selagi ibu bapa tak didik anak2 dr awal
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2020 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Maaf cakaplah, sesetengah ibu bapa hantar anak sekolah tahfiz setelah anak gagal berdisiplin di sekolah biasa. Dengan harapan anak boleh jadi lebih baik bila masuk sekolah tahfiz. Akhirnya, sekolah tahfiz jadi sekolah pemulihan akhlak. Juvana...
Disclaimer: Namun ada juga sekolah tahfiz yang bagus, terutama sekolah tahfiz yang hanya mengambil pelajar2 yang berkelulusan tinggi sahaja. Sekolah tahfiz kawalan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2020 09:10 PM | Show all posts
Tak baguslah.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2020 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Tipu je. Takkan pelajar tahfiz yng kuat agama alim lg ahli syurga nk buat benda macam nim

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2020 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Knp lah budak2 ni x fikir dulu sblm bt sesuatu, x ambik pengajaran langsung dgn kes2 sebelum ni... aduhai..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2020 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Selagi takde mana mana kes buli yang dijadikan ‘pengajaran’ keras pada pembuli.  

Memang tak akan habislah isu ini.

Yang kena buli merana seumur hidup ...yang buli pulak lepas bebas dan sambung pulak buli orang lain.

Yang bantai anak macam nak bunuh anak...yang gangster jalanraya semua tu agak-agak asal kejadian perangai tu dari mana?

Kenalah ada keadilan pada yang kena buli...ni bukan perkara nak belajar pasal kehidupan ker atau nak tengok sape yang paling kuat bertahan.

Kita ni manusia bukannya binatang yang ‘survival to the fittest’.

Ada akal ada perasaan ...

Ini tidak ...kalau jadi benda macam ni ..pihak yang supposedly buat undang-undang macam perlekehkan yang kena buli and later menangkan yang pembuli.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2020 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekolah tahfiz biasa la jadi benda ni. First of all yang cenderung masuk tahfiz adalah budak yang mempunyai kesilapan lampau seperti kena buang sekolah. Agak2 kenapa kena buang sekolah tu? Second ustaz dan warden tu semua tak monitor budak betul2, cukup sekadar monitor masa belajar. Waktu lain2 buat tak tahu je kalau tidak macam mana pembuli tu isap vape pun deorang tak tahu? Betul tak? Cuba kalau 24 jam di pantau atau ada CCTV, ko ghase??? CCTV pun murah je berbanding kos bedah budak kena buli ni.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2020 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekolah islamiyyah tapi banyak sangt keganesan...kenapa iya cyst?
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2020 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa budak2 skrg byk sgt masalah sosial mcm ni? Antara lain foundation 6 tahun pertama tak kukuh. EQ kurang. Dari 4 tahun dh nk kena paksa membaca mengira. Belas ihsan terhadap kawan2 pun tk dipupuk lagi. Nak salurkan emosi negatif tak tahu cara dan tempat yg betul. Belum kira parents nak sgt anak mengaji, hafaz cepat. Kalau ank mmg ada talent begitu tkpa lah. Tu yg memberontak
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2020 12:39 AM | Show all posts
ramai org gila nak jadi ahli surga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2024 11:31 PM GMT+8 , Processed in 0.093209 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list