Tergolong dalam kalangan individu obesiti bukanlah impian sesiapa pun, namun disebabkan sikap ambil mudah perihal penjagaan pemakanan membuatkan kita mudah untuk cepat naik berat badan.
Dalam pada itu, ada pula yang paranoid dengan kegemukan sehingga sanggup menyeksa diri dengan mengehadkan pemakanan untuk kekal kurus.
Kisah ini dikongsi oleh Imi Aruz menerusi Facebook Diet Suku-Suku Separuh.
Setelah dua tahun perkenalan, dia makin kurus tak bermaya.
Dia rasa diri dia gemuk, padahal sudah tinggal kulit dan tulang sahaja.
Makan buah, sayur dan produk soya sahaja. Bersenam keterlaluan. Sampai mental.
Keadaan makin teruk selepas itu. Dia dijumpai pengsan di gym.
Kredit Foto : Imi Aruz Via Facebook Diet Suku-suku Separuh
Dah hitam mayat dia...
Kredit Foto : Imi Aruz Via Facebook Diet Suku-suku Separuh
Berdasarkan perkongsian di atas, wanita ini dipercayai mengalami penyakit Aneroksia Nervosa.
Apakah Anorexia Nervosa?
- Anorexia Nervosa adalah penyakit di mana anda tidak mahu makan kerana takut menjadi gemuk.
- Pesakit merasakan diri lebih gemuk dari keadaan sebenar walaupun dia sudah kekurangan berat badan.
- Sentiasa berasa diri tidak cukup kurus.
- Senaman berlebihan merupakan satu tingkah laku yang biasa.
Sesetengah orang terlalu taasub untuk kurus dan mengamalkan diet melampau hingga memudaratkan kesihatan, seterusnya boleh membawa maut.
Janganlah terlalu ekstrem dan obses untuk menurunkan berat badan dengan diet ketat. Berpada-padalah dan paling penting, amalkan diet yang sihat dan pemakanan seimbang untuk kesihatan. - CARI
|