Ada pihak-pihak tertentu suka bangkitkan isu perkauman dan agama sejak akhir-akhir ini. Ada isu yang sengaja dijadikan bahan untuk dihangatkan dan ada pula isu yang dibelakangkan.
Namun ramai yang akan bangkit dan bersatu bagi mengekalkan keharmonian negara.
Malah banyak juga kisah-kisah inspirasi rakyat Malaysia yang menunjukkan 'kebersamaan' semua bangsa dalam negara ini. Salah satunya yang dikongsikan pemilik akaun tw!tter ini.
Kejadian yang dipercayai berlaku di Bayan Lepas, Pulau Pinang ini menyaksikan pemuda yang sedang berhenti dalam kesesakan membantu warga emas menyeberang jalan.
Pemuda yang menunggang motosikal KTM dirakam oleh sebuah kereta segera memberikan bantuan.
Video 51 saat yang dikongsikan Nazreen Sary meruntun hati warga maya sehingga ada yang mahu menjadikan teman hidup.
Tak buka topi keledar pun dah nampak hensem
Rasis tu dalam media sosi@l je...
Nak calon suami macam ni
Tak selalu boleh jumpa orang macam ni...
Kredit foto: Twitter @nazreensary
Sehingga laporan ini ditulis, video berkenaan sudah dikongsi lebih 46,000 pengguna Twitter dan menerima lebih 48,000 tanda suka.
Kemuliaan hati pemuda yang membantu warga emas menyeberang jalan ini memikat hati warga maya secara tak langsung menunjukkan semangat perpaduan yang jitu.
Kita Malaysia, rakyat berbilang kaum, perbezaan itu keistimewaan dan keunikan kita. Perbezaan ini tidak seharusnya dilihat sebagai kelemahan sebaliknya kekuatan kita.
Ketepikan anasir negatif yang menggugat keharmonian negara. - CARI
|