Pakar Penyakit Berjangkit, Datuk Dr Christopher Lee menyarankan agar bekalan topeng penutup hidung dan mulut diperuntukkan kepada pekerja kesihatan.
Memetik Berita Harian, beliau berkata individu sihat tidak perlu memakai alat perlindungan itu di tempat awam, sebaliknya hanya digunakan jika sakit atau menjaga ahli keluarga yang tidak sihat.
Gambar hiasan/Kredit foto: AWANI
"Bagi mereka yang sihat, cuba jarakkan diri sekurang-kurangnya satu meter atau hindari tempat yang ramai orang,” katanya.
Pembelian panik menyebabkan bekalan topeng muka di beberapa buah farmasi di Lembah Klang kehabisan stok.
Selain cecair pembasmi kuman, membasuh tangan menggunakan air dan sabun adalah lebih baik.
Dr Christopher juga menasihati semua orang agar mengehadkan perbuatan menyentuh muka terutama mata, hidung dan mulut dengan tangan tidak bersih.
Sementara itu, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid memaklumkan kabinet pada Rabu ini akan membincangkan isu kekurangan bekalan topeng muka di pasaran seluruh negara.
Tambahnya, pemeriksaan pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) juga tidak mendapati sebarang aktiviti menyorok topeng untuk menaikkan harga. - CARI |