Tidak menang tangan, itulah yang dapat dikatakan kepada peniaga makanan dek kerana terpaksa menyediakan ratusan bungkusan makanan.
Ia berikutan arahan atau perintah kawalan pergerakan dikeluarkan pihak kerajaan yang bermula hari ini.
Memetik laporan Harian Metro, peniaga dari Kampung Kolam, Padang Besar, berkata arahan diberikan turut menuntut mereka supaya tidak menyediakan makanan kepada pelanggan di premis.
Kredit foto: Harian Metro
Menurut Rosmawati Setiu, 46 ia membuatkannya sibuk untuk mendapatkan bekas makanan kerana makanan yang disediakan akan dibawa pulang pelanggan.
Katanya, sejak tengah hari tadi sebanyak hampir 150 bungkus makanan dijual kepada pelanggan untuk dibawa pulang.
“Sejak berniaga 10 tahun lalu, ini kali pertama saya bungkus makanan 100 peratus untuk pelanggan bawa pulang.
“Saya bersama pembantu bagaimanapun dapat menyediakan makanan mengikut keperluan dan syukur, ia mencukupi,” katanya.
Meskipun keadaan di premis tidak meriah seperti biasa namun peniaga ini akur dengan arahan kerajaan.
“Sebelum ini memang ramai pelanggan yang singgah, namun kami akui jumlah pelanggan sedikit berkurangan daripada kebiasaan.
“Namun kami akur arahan ini demi kebaikan bersama,” katanya lagi.
Apa pendapat anda? - CARI |