Bekas ikon iklan Trivago, Dahlia Shazwan yang juga pengacara HLive! kini dilaporkan telah berhijab.
Beliau mengakui keputusan untuk berhijab adalah kerana semata-mata petunjuk dari Allah S.W.T.
Dahlia atau nama sebenarnya Dahlia Shazwan Mohd Amin, 32, keputusan itu dilakukan sejurus selepas pulang daripada menunaikan ibadah umrah.
Kredit foto: Carian google
"Saya dan balik umrah nak dekat sebulan yang lalu. Ingatkan nak berhijab masa bulan Ramadhan tapi macam tak nak tangguh takut tak sempat,"
"Ingat nak tingkatkan dulu secara rohani barulah berhijab tapi maki hari makin rasa macam tuhan tengah tunggu untuk saya berubah,"
"Hati rasa macam berhutang, rasa macam dah dijentik. Tapi kalau biarkan sahaja benda tu, takut lepas ni tak dapat dah petunjuk tu. Jadi saya pun pakai hijab," ujarnya ketika dihubungi AstroGempak.
Malah ketika siaran langsung HLive malam tadi, Dahlia kelihatan manis mengenakan tudung dari rona krim ketika mengacarakan program tersebut.
Kredit foto: AstroGempak
Mengakui sudah mengenakan hijab sejak tiga hari lalu, Dahlia meluahkan rasa kesyukuran keranan mendapat sokongan penuh daripada suami, ahli keluarga dan teman rapat.
Malah, ada di antara rakan dan teman artis turut berkongsi pengalaman pakai tudung buat kali pertama kepadanya, katanya lagi.
Dahlia turut dilihat berkongsi sekeping foto berhijab yang dimuat naiknya di laman insta stori.
Hidayah itu milik Allah, harap Dahlia terus istiqamah dalam menunaikan tuntutan yang satu ini! -CARI
|