CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2861|Reply: 9

Tak Perlu Datang Kaunter, Ada 3 Cara Mohon Pengeluaran i-Lestari KWSP

[Copy link]
Post time 24-3-2020 11:51 AM | Show all posts |Read mode
Gambar hiasan. Kredit foto: Free Malaysia Today


Mungkin ramai yang bimbang keputusan kerajaan membenarkan pengeluaran wang Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menyebabkan pandemik Covid-19 semakin buruk di negara ini.


Bagaimanapun, kebimbangan itu tidak berasas kerana pencarum yang ingin mengemukakan permohonan pengeluaran wang di bawah inisiatif i-Lestari yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak perlu berpusu-pusu ke kaunter KWSP.


Sebaliknya, mereka boleh berbuat demikian melalui tiga saluran seperti yang dinyatakan dalam Soalan Lazim Asas Pengeluaran i-Lestari yang disediakan KWSP.


Kredit foto: Facebook


Pencarum boleh menghantar borang permohonan secara dalam talian (e-Pengeluaran melalui i-Akaun) atau e-mel kepada [email protected].


Selain itu, borang boleh diposkan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Karung Berkunci No 220, Jalan Sultan 46720 Petaling Jaya (Pengeluaran i-Lestari).


"Ahli perlu membuat permohonan sekali sahaja dan pembayaran Pengeluaran i-Lestari akan dikreditkan secara berulang ke dalam akaun bank ahli," jelas KWSP.


Permohonan pengeluaran i-Lestari boleh dibuat mulai 1 April 2020 dan bayaran RM500 sebulan akan bermula dari Mei 2020 sehingga Mac 2021.


Antara syarat untuk memohon pengeluaran di bawah inisiatif ini adalah pencarum berumur bawah 55 tahun dan mempunyai baki dalam Akaun 2.


Kredit foto: KWSP


Gunakan wang yang dikeluarkan dengan sebaik-baiknya untuk menyara keluarga kerana pandemik Covid-19 dijangka mencetuskan krisis ekonomi berskala global untuk tempoh yang agak panjang. - CARI

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2020 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak yah kalut2 serbu kaunter kwsp. Pakai pos pun boleh kalau tak reti guna online.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2020 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
nak bukak i akaun kena pg kwsp minta pin atau guna mesin atm dia... borang yg ni pos tu dapat kat mana... boleh dpt online di page kwsp atau kena masuk i akaun tu dulu... atau borang ada di pejabat... kena pg pejabat kwsp juga...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2020 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku punya password i-acc pun dah lupa.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2020 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya nanti dia letak borang dalam website kwsp. Kalau letak dalam sehari 2 ni memang terus crash le macam semalam. Ramai yang akses.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2020 06:03 PM | Show all posts
Eloklah dah umum awal2 cara nak buat pengeluaran tak perlu nak kena hadir di pejabat epf lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2020 06:21 PM | Show all posts
ok jugak mcm ni, work from home ni pun larat ke semua majikan nak bayar gaji penuh.

dpt gaji separuh pun dah syukur.

semoga forumer2 kat sini yg byk loan kat bank, dipermudahkan korang utk bayar loan korang.



Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2020 08:06 PM | Show all posts
sarah82 replied at 24-3-2020 12:49 PM
Aku punya password i-acc pun dah lupa.

sekarang dah boleh guna print jari je sister untuk access i-akaun...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2020 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 25-3-2020 12:06 AM
sekarang dah boleh guna print jari je sister untuk access i-akaun...

Wahhh.. Canggihnya.. Hahahaha.. Boleh buat ni.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 12:42 PM | Show all posts
peluang ni nk kluarkn akaun 2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 10:20 PM GMT+8 , Processed in 0.412168 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list