Rakyat Malaysia memang pemurah dan suka bantu membantu di antara satu sama lain.
Umum sedia maklum bahawa ketika ini ada sebahagian besar rakyat Malaysia terpaksa duduk sahaja di rumah tanpa ada sumber pendapatan hingga menyebabkan mereka kekurangan bekalan makanan.
Namun, menerusi Facebook, seorang wanita telah membuat kebaikan dengan memberikan sumbangan berupa barangan keperluan makanan kepada sesiapa yang memerlukan.
Cara mendapatkannya mudah sahaja iaitu dengan datang ke rumahnya di Pasir Gudang, Johor dan ambil sahaja beg yang berisi bekalan makanan tanpa sebarang prosedur. Perkara tersebut juga telah tular di media sosial.
Dikenali sebagai Datin Zulaikha Mahar, wanita tersebut telah meminta agar sesiapa yang berhajat memerlukan barangan keperluan hanya perlu ambil sendiri di halaman rumahnya tanpa perlu memaklumkan kepadanya langsung.
Tindakan murni wanita itu mendapat pujian oleh warganet yang rata-rata telah meninggalkan komen mendoakan agar rezekinya dipermudahkan.
Kredit foto: Facebook Zulaikha Mahar
Dalam keadaan seperti ini bantuan makanan amat diharapkan kepada mereka yang betul-betul memerlukan. - CARI |