Arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berlangsung sehingga 31 Mac. Oleh itu rakyat Malaysia dikehendaki berada di rumah sepanjang tempoh tersebut. Bagaimanapun, ada sahaja yang ingkar dengan melakukan aktiviti di luar rumah. Justeru itu, orang kenamaan, selebriti dan lain-lain menegur golongan ini supaya terus kekal berada di rumah.
Namun, apabila ada sahaja yang menulis "Susah sangat kah duduk dirumah?" ia mengundang pelbagai persepsi. Ini kerana kenyataan tersebut tidak disusuli dengan penerangan lebih lanjut, boleh jadi ditujukan kepada siapa sahaja. Realitinya memang ada keluarga yang susah untuk duduk di rumah dalam jangka masa lama seperti yang dilaporkan oleh portal The Malaysian Insight ini.
Bayangkan dengan 12 anak, suri rumah flat PPR Georgetown, Maznah Razi, 44 mengeluh kerana kesempitan ruang dan bekalan makanan cepat habis.
Twitter
Jadi, soalan seperti itu mungkin sesuai untuk segelintir orang yang mempunyai kediaman selesa tetapi tidak untuk golongan B40 ini. Pendapatnya itu dipersetujui oleh warganet kerana perbezaan taraf dan pendidikan menyebabkan golongan T20 tidak dapat memahami masalah marhein ini.
Twitter
Walaupun begitu, ada juga segelintir warganet yang menyatakan pendapat itu tidak tepat. Mungkin apa yang dimaksudkan oleh golongan kenamaan itu bukannya kepada orang miskin tetapi lebih kepada rakyat yang sengaja keluar ke tempat awam.
Twitter
Lebih teruk, ada pula yang tidak prihatin lalu menyalahkan golongan B40 itu sendiri yang beranak ramai.
The Malaysian Insight
Begitulah, reaksi orang memang berbeza-beza terhadap sesuatu tragedi. Mungkin apa yang boleh dilakukan ialah lebih banyak orang mampu menolong orang yang kurang mampu. Dengan itu kita lebih harmoni dan sejahtera.- CARI
|