View: 4958|Reply: 38
|
[Tempatan]
COVID-19: 'Tolong doakan kami' - Raja Permaisuri Agong
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah meminta semua pihak mendoakan kesejahteraan mereka susulan sebilangan kakitangan Istana Negara sah dijangkiti virus coronavirus (COVID-19).
Melalui satu hantaran di akaun Instagram airtangan_tunkuazizah, hari ini, baginda turut memaklumkan sebilangan kakitangan Istana Negara disahkan dijangkiti virus itu.
Melalui hantaran yang dimuat naik kira-kira jam 5 petang itu juga, Raja Permaisuri Agong memaklumkan sepasukan anggota daripada Jabatan Kesihatan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat juga sudah berada di Istana Negara.
Semua kakitangan akan dibawa ke hotel untuk menjalani kuarantin secepat yang boleh.
“Prosedur yang akan mereka lalui adalah:
1. Mereka perlu menukar pakaian yang dipakai dengan pakaian yang diberikan oleh Jabatan Kesihatan.
2. Setiap daripada mereka perlu melalui proses disinfeksi sebelum menaiki bas dan semua barangan peribadi mereka akan melalui proses disinfeksi.
3. Kami akan membahagikan mereka kepada tiga kumpulan dan kumpulan ini akan menentukan bas mana yang akan mereka naiki,” tulis baginda.
Menurut Raja Permaisuri Agong lagi, kumpulan pertama adalah mereka yang keputusan ujiannya negatif.
“Kumpulan kedua adalah mereka yang keputusan ujian ‘swab test’ (ujian kapas kesat) belum diterima dan kumpulan ketiga adalah mereka
yang sudah mempunyai simptom seperti batuk, selesema dan demam.
“Ampuan Tuanku.. setakat ini sudah sembilan orang positif. Di istana, hanya tinggal saya sekeluarga bersama tiga pembantu.
“Tiada siapa dibenarkan keluar bilik, tiada visitors (tiada pelawat), ya Allah selamatkan Malaysia.
“I was close contact with nine of them, please pray for us! (saya adalah kontak rapat dengan mereka, tolong doakan kami!). Kepada Allah berserah,” tulis baginda lagi.
Raja Permaisuri Agong turut memuat naik enam keping gambar menunjukkan proses-proses yang sedang dijalankan di Istana oleh petugas Jabatan Kesihatan dan pasukan bomba.
Terdahulu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri, kini menjalani proses kuarantin diri selama 14 hari bermula semalam, selepas tujuh petugas Istana Negara dikesan positif COVID-19.
Beliau berkata, semua petugas Istana Negara yang dikesan positif COVID-19 itu, berada dalam keadaan stabil dan kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak Selasa lalu.
Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengenal pasti punca jangkitan berkenaan.
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, sudah menjalani saringan kesihatan dan pengesanan COVID-19 dan disahkan negatif. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ampun tuanku...
tak payah diminta didoakan pun memang dah di gazettekan pada setiap sessi selesai solat dimasjid2 seluruh negara....first few minutes of doa memang diperuntukkan utk tuanku berdua....
|
|
|
|
|
|
|
|
clerics replied at 26-3-2020 08:19 PM
ampun tuanku...
tak payah diminta didoakan pun memang dah di gazettekan pada setiap sessi selesa ...
Sekarang masjid ditutup. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga Allah SWT merahmati dan melindungi YDPA dan RPA sekeluarga yang amati di kasihi
Aamiin Allahu!ma Aamiin |
|
|
|
|
|
|
|
mosti replied at 26-3-2020 08:23 PM
Sekarang masjid ditutup.
i know...
more of reminder by tuanku...utk tidak melupakannya...
sedangkan aku mengharapkan bigger words by her like, "jika doa itu lebih diperlukan rakyat jelata beta yg berada dalam keadaan yg lebih membimbangkan, panjatkanlah doa kalian pada mereka walaupun ianya mendahului beta"
|
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah. Semoga kembali sihat. Bagi harapan kepada rakyat ada harapan untuk sihat kembali dan virus ni hilang.
Tom hanks pun dah sihat walaupun dia ada diabetes. InsyaAllah boleh. |
|
|
|
|
|
|
|
Nokiaman replied at 26-3-2020 08:57 PM
Untuk rakyat..
Siapa nak Doakan....
Pandai pandai la kau nak hidup.
|
|
|
|
|
|
|
|
clerics replied at 26-3-2020 08:19 PM
ampun tuanku...
tak payah diminta didoakan pun memang dah di gazettekan pada setiap sessi selesa ...
Skrg dah takde doa sbb masjid surau dah tutup. Solat jumaat pun nak masuk kali ke 2 takde.
Doa aje yang baik2 utk semua manusia. |
|
|
|
|
|
|
|
clerics replied at 26-3-2020 08:19 PM
ampun tuanku...
tak payah diminta didoakan pun memang dah di gazettekan pada setiap sessi selesa ...
Skrg kat masjid dah tak de solat berjemaah kannnn |
|
|
|
|
|
|
|
iols doakan utk you and all rakyat malaysia. insyaAllah we will breeze thru this as a nation |
|
|
|
|
|
|
|
kn PM dh doa sama2 utk kita semua..
Moga diberi kesihatan & kesembuhan kpd semua..dijauhkn dari covid |
|
|
|
|
|
|
|
Semuga tuanku permaisuri sekeluarga dijauhi wabak ini dan petugas2 istana yang positif covid-19 bertabah dgn semangat yg kuat. Istana sibuk sangat memasak dan hantar makanan sana sini.. Cukup la berehat dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga Allah swt melindungi kita semua..Aminn
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga YDPA, TPA dan ptugas2 Istana trutama yg dijgkiti wabak penyakit Covid-19 segera smbuh dan brd di dlm prlindungan Allah....Aminn |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tertanya-tanya ,betul sangat ke tindakan kita xbenarkan solat Jumaat di masjid ?
Masa zaman Bgainda Rasullullah S.A.W dulu mcm mana tindakan Baginda menangani krisis penyakit wabak ?
Kemudian , berkaitan Arahan pergerakan yang kita laksanakan ,sejauh mana keberkesanan nya ??? Kerana kita tidak betul-betul lockdown.
Xde sgt kesan sebab masih ada sesetangah kegiatan manusia akan begitu "gathering" secara kebetulan tanpa kawalan pun.
cth, pasar .Tempat manusia berkumpul tanpa dirancang membeli makanan .
Kita tidak akan berjaya sebenarnya.
LOCKDOWN satu jalan pertama dan terakhir yg kita ada.
|
|
|
|
|
|
|
|
sama2 kita saling mndoakn tanpa jemu insyallah Allah itu maha mendengar lg maha mengasihani |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah dengar..
Doa orang yg sedang sakit, ibu mengandung, orang yang dianiaya adalah Paling mujarab.
Sama2 lah kita berdoa |
|
|
|
|
|
|
|
Dari mana diorg ni kena covid |
|
|
|
|
|
|
|
sarahmirza replied at 26-3-2020 09:43 PM
Skrg dah takde doa sbb masjid surau dah tutup. Solat jumaat pun nak masuk kali ke 2 takde.
Doa a ...
memng pun dalam.kebiasan serta kelaziman berdoa itu memang termaktub sebutan2 kesejahteraan,kebaikan,kesihatan among others utk semua muslimin muslimat..
bagi org yg tahu la..
tapi kalau yg masih nak minta minta didoakan ni..mungkin dia tak faham konsep doa itu sendiri.
do you get me? |
|
|
|
|
|
|
|
Urm
|
|
|
|
|
|
|
| |
|