Aktor Redza Minhat terpanggil untuk menjelaskan kontroversi dirinya dalam telegram Persatuan Seniman Malaysia. Malahan dia juga berasa tidak percaya dengan apa yang dilihatnya namun itulah yang terjadi. Seseorang telah menggunakan namanya untuk berbincang (lebih tepat mengumpat) mengenai Zarina AnJoulie.
Berikutan itu, dia memuat naik perbualan tersebut dan tertera beberapa artis yang sedang berbual seperti Zed Zaidi, Ifa Raziah, Emelda dan 'dirinya sendiri'.
Dengan menulis "Anjoulie ni yg gambar nak*d pernah tersebar tu kan?" membuatkan Redza menafikan itu adalah dirinya.
twitter
Pastilah ramai warganet tidak percaya yang menulis itu adalah Redza Minhat kerana aktor itu tidak berada di dalam kelompok Persatuan Seniman dan lingkungan rakan mereka juga berbeza sama sekali.
Bagi yang tertanya-tanya apakah motif grup telegram ini ialah ianya diasaskan oleh Persatuan Seni Malaysia dengan harapan ia mampu membantu artis-artis yang tidak tahu untuk meminta bantuan dari kerajaan. Tetapi sebaliknya terjadi apabila ia menjadi grup berbual dan mengumpat. Akhirnya ia telah dibubarkan.
twitter
Apa pun, kisah ini memang tidak akan habis dan kita akan menyaksikan drama baru setiap hari. Untuk Redza Minhat jangan risau kerana rata-rata tidak percaya ayat mat rempit itu adalah Redza.- CARI
|