View: 5201|Reply: 36
|
[Tempatan]
Kad kesihatan atau ‘health tag’ digantung pada leher. Penjelasan Antah Pharma #3
[Copy link]
|
|
Edited by R2D2 at 1-4-2020 11:12 PM
'Kad kesihatan' tak berkesan cegah COVID-19
KUALA LUMPUR: Pemakaian kad kesihatan atau ‘health tag’ yang digantung pada leher, tidak berkesan untuk mencegah jangkitan kuman atau virus termasuk COVID-19.
Perkara itu ditegaskan Pusat Racun Negara melalui Facebook hari ini, memetik hasil kajian oleh Hidekazu Nishimura, yang diterbitkan Jurnal Jangkitan Persekitaran Jepun pada Julai 2017.
Melalui muat naik itu, Pusat Racun Negara memaklumkan, hasil kajian bertajuk ‘Siasatan Terhadap Kegunaan Praktikal Alat Yang Mendakwa Mengeluarkan Klorin Dioksida’ mendapati tiada kesan pembasmian kuman atau virus berlaku disebabkan kad kesihatan berkenaan, serta gas dibebaskan pula sangat rendah atau tidak dapat dikesan langsung.
Jelasnya, hasil kajian itu menunjukkan pemakaian 'health tag' tidak berkesan untuk mencegah jangkitan kuman atau virus sedia ada, apatah lagi COVID-19.
”Klorin dioksida adalah gas yang bersifat merengsa, terutama kepada saluran pernafasan bergantung kepada kuantiti dan kepekatan gas yang terdedah.
“Apa yang dibimbangi adalah kepercayaan pengguna terhadap produk ini akan menyebabkan mereka merasakan selamat dan dilindungi daripada jangkitan.
“Akibatnya, pemakai mungkin bersikap kurang berhati-hati dan tidak mengamalkan kaedah pencegahan yang terbukti berkesan seperti kerap membasuh tangan dan amalan penjarakkan sosial,” jelasnya lagi.
Ketika ini, tular di media sosial mengenai dakwaan yang mengatakan kad kesihatan dipercayai mampu menghalang individu yang memakainya daripada dijangkiti COVID-19, beserta beberapa gambar pemimpin yang didakwa memakai kad berkenaan. |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kaka pakai kad kredit je |
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 30-3-2020 11:39 PM
kaka pakai kad kredit je
Gantung cd 4u2c
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
klu letak kat tangki petrol.. minyak bertambah jimat kan |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 30-3-2020 11:46 PM
Gantung cd 4u2c
Fionaaaaaa
Hahahahahjilakak
Iols tergelak sesorang
Xjadi ngantok |
|
|
|
|
|
|
|
semalam ada porumer bukak thread pasal ni |
|
|
|
|
|
|
|
Adui.. Baru je suruh my sis bli benda ni.. Sbb dia antara servis yg kne kerja mengadap org awam.. |
|
|
|
|
|
|
|
pyropura replied at 31-3-2020 03:32 AM
Hukum karma... Kuat nipu makanya ketipu
Itu name tag bangang |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by umbut at 31-3-2020 10:06 AM
Aku pun x caya pakai antah wellness tu... hebat benar leh shut virus.. dahler mahal... boleh pulak watson jual... cam merepek gantung kat dada leh cover virus 1 badan.. hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
umbut replied at 31-3-2020 09:50 AM
Itu name tag bangang
Tak sabar2 nak ketawakan orang sampai tak sempat nak sorok kebodohan diri. Name tag dengan health tag pun tak boleh nak bezakan. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada kawan Paz hadiahkan untuk Paz. Paz tak guna lagi.
Apa pun terharu kawan ingatkan kita |
|
|
|
|
|
|
|
Health tag ni yg aunt aku wassap , aku dh pesan smlm xyah belu die degil. Hr ni setepek aku wassap artikel ni br dia paham |
|
|
|
|
|
|
|
Apsal aku tgk mcm sama jer dgn healthtag tu
|
|
|
|
|
|
|
|
mcm yg nih jer
|
|
|
|
|
|
|
|
Time macam sekarang ni ramai yang ambil kesempatan untuk lakukan barangan jualan mereka jadi hati2 bila membeli jangan cepat terpengaruh dengan apa yang diiklankan. |
|
|
|
|
|
|
|
Menteri Pun Pakai Kad Kesihatan Bukan Anti Virus COVID-19?
Kredit Foto - Berita Harian
Tular di media sosial mengenai dakwaan mengatakan kad kesihatan dipercayai mampu menghalang individu yang memakainya daripada dijangkiti COVID-19, beserta beberapa gambar pemimpin yang didakwa memakai kad berkenaan.
Kredit Foto - Facebook
Perkara ini turut didedahkan oleh Dr Rafidah Abdullah menerusi Twitter beliau.
Memetik hasil kajian Hidekazu Nishimura yang diterbitkan Jurnal Jangkitan Persekitaran Jepun pada Julai 2017, pemakaian kad kesihatan atau health tag yang digantung pada leher tidak berkesan untuk mencegah jangkitan kuman atau virus termasuk COVID-19.
Pusat Racun Negara memaklumkan, hasil kajian mendapati tiada kesan pembasmian kuman atau virus berlaku disebabkan kad kesihatan berkenaan, serta gas dibebaskan pula sangat rendah atau tidak dapat dikesan langsung.
Kredit Foto - Facebook
Apa yang dibimbangi adalah kepercayaan pengguna terhadap produk ini akan menyebabkan mereka merasakan selamat dan dilindungi daripada jangkitan.
Akibatnya, pemakai mungkin bersikap kurang berhati-hati dan tidak mengamalkan kaedah pencegahan yang terbukti berkesan seperti kerap membasuh tangan dan amalan penjarakkan sosial.
Ikutlah saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kerana buat masa ini saintis masih bergelut mencipta vaksin COVID-19. - CARI |
|
|
|
|
|
|
| |
|