Kecoh di media sosial sejak kebelakangan ini apabila beberapa penggiat seni bersuara meminta kerajaan memberikan bantuan khusus kepada mereka.
Lebih parah, Persatuan Seniman Malaysia telah menyenaraikan permintaan bantuan mereka kepada kerajaan seolah-olah mereka adalah frontliners seperti doktor dan polis.
Melihatkan isu yang semakin panas ini, juara Mentor Ke-4, Mohamad tampil meluahkan pendirian beliau tentang kemelut ini di laman sosial.
"Saya ni artis tetapi saya tidak meminta minta pun bantuan dekat kerajaan kerana saya sedar ada orang lebih layak lagi memerlukan bantuan."
Mohamad juga menceritakan dia akan membuat kerja e-hailing seperti Grab dan MyCar apabila tiada show yang memerlukan khidmat beliau. Contoh yang bagus!
Di akhir coretan Mohamad, dia menulis pesanan arwah ayahnya tentang kehidupan yang masih diingati sehingga ke hari ini.
"Kalau tak boleh memberi jangan la kita meminta-minta, cuba berusaha dulu inshaAllah akan dipermudahkan."
Mohamad wajar dijadikan sebagai contoh oleh penggiat seni lain agar sentiasa berusaha di atas kaki sendiri. Syabas anak muda! - CARI |