CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11147|Reply: 85

Ada Sesuatu Yang Disembunyikan China Berhubung Covid-19?

[Copy link]
Post time 2-4-2020 04:06 PM | Show all posts |Read mode
Amerika Syarikat (AS) mencatat jumlah kes positif Covid-19 lebih dua kali ganda berbanding China.


Berikutan itu, AS menuduh China menyembunyikan fakta berhubung pandemik yang bermula dari republik terbabit.


Memetik Shanghaiist, satu laporan sulit daripada risikan AS yang dikemukakan kepada Rumah Putih pada minggu lalu menyimpulkan China sengaja menyembunyikan beberapa maklumat berhubung Covid-19 termasuk jumlah sebenar kes positif dan kematian akibat wabak maut itu.


Difahamkan, tiga sumber mengesahkan kewujudan laporan sulit ini kepada Bloomberg, namun enggan mengulas lanjut mengenai butirannya.




Kredit foto: One Online




Di kala kes Covid-19 terus meningkat di seluruh dunia, ramai pihak mula ragu-ragu dengan jumlah kes yang direkodkan China dan beberapa fakta mengenainya.


BBC hari ini melaporkan kematian di AS kini sudah melebihi angka 5,000 dan lebih 216,000 kes Covid-19.


Manakala, Itali mencatat kematian 13,000 dan Sepanyol semalam dilaporkan mencatat angka kematian melebihi 9,000.


Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam merekodkan sebanyak 82,631 kes positif dan 3,321 kematian di China akibat wabak berkenaan iaitu jauh lebih rendah berbanding rekod tiga negara terbabit. - CARI

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2020 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
jangan percaya sangat dekat tanah besar
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2020 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Not surprising at all..

they may just be hiding the real data that they are probably not ready to share with the whole world.

this virus is probablu mutating right now...by prove that the people in wuhan who had recovered,seem to be getting infected again.

And this time the virus seems to be even stronger and unlike the first batch of the virus waves,this time it may just be infected through airborne...

GOD SAVE THE WORLD.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2020 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang China ni penipu kan. ..menipu data....
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2020 04:20 PM | Show all posts
Trump enggan ulas angka COVID-19 China

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump beranggapan bahawa laporan perangkaan kes coronavirus oleh China kelihatan ‘baik sedikit’ meskipun penasihat keselamatan kebangsaan negara itu tidak pasti sama ada data itu tepat atau sebaliknya.

Kenyataan oleh Trump itu dibuat selepas penggubal undang-undang kanan parti Republikan sangsi dengan data Beijing.

Berita Bloomberg turut melaporkan bahawa laporan ‘rahsia’ oleh perisikan AS merumuskan bahawa China tidak melaporkan data sebenar mengenai jumlah kes dan kematian di negara itu.

Wabak coronavirus bermula di China pada hujung 2019 namun Beijing hanya melaporkan kurang kes dan kematian, berbanding di AS yang ketika ini dilanda teruk menjadikan jumlah 214,000 kes dan 4,800 kematian.

Ketika memberi taklimat harian kepada jawatankuasa coronavirus, Trump berkata, beliau tidak menerima sebarang laporan daripada perisikan AS mengenai data China.

“Angka itu kelihatan berada di sisi yang baik sedikit dan saya bersikap baik apabila katakan perkara itu berkenaan apa yang kita saksikan dan dilaporkan,” katanya.

Menurut Trump, beliau juga ada berbincang bagaimana China berjaya menguruskan penularan wabak coronavirus melalui perbualan telefon dengan Presiden China, Xi Jinping, Jumaat lalu.

Bagaimanapun, melalui perbualan telefon itu, beliau tidak bertanyakan lanjut mengenai angka kes wabak itu di China.

Trump ketika ini kurang bersuara dan mengkritik bagaimana China mengendalikan wabak itu.

Sejak berhubung dengan Jinping menerusi telefon, Trump menegaskan hubungan AS-China sangat baik dan kedua-dua negara mahu mengekalkan perjanjian perdagangan bernilai berbilion dolar seperti dipersetujui awal tahun ini.

“Sama ada jumlah itu tepat atau tidak, saya bukan seorang akauntan dari China,” kata Trump.

Penasihat Keselamatan Kebangsaan Trump, Robert O’Brien, memberitahu dalam sesi taklimat sama bahawa Washington tidak perlu menentukan dan mengesahkan sebarang jumlah dari China.

“Terdapat banyak laporan awam mengenai sama ada angka itu terlalu rendah.

“Anda ada akses kepada laporan itu yang dikeluarkan sendiri dari media sosial China. Kita tidak boleh mengesahkan sebarang angka berkenaan,” katanya.

Terdahulu, anggota parti Republican dari Jawatankuasa Hubungan Luar menuduh Beijing menyembunyikan angka sebenar kes COVID-19 di negara itu.

Sehubungan itu, beliau menggesa jabatan negara AS menyiasat tindakan China yang kononnya sengaja menyembunyikan apa yang berlaku di negara tembok besar itu. - Agensi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2020 04:20 PM | Show all posts
alangkan barang2 made in china pun tipuware jah. awal2 kes pun dolak dalik jah tak nak mengaku kan? lepas tu syok sendiri fefeling hero dah boleh sembuhkan rakyat yang sakit lah hapo bagai tapi keluar pulak berita positif balik apooo?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-4-2020 04:21 PM | Show all posts
china bergelimpangan sana sini... mesti lebih teruk.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2020 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 2-4-2020 04:16 PM
Memang China ni penipu kan. ..menipu data....

They did the same during SARS, hiding info from WHO to a point that they even ban WHO reps from coming in to their land to verify numbers.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2020 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
tp china tengah gigih offer bantuan ke seluruh dunia trmasuk Malisia..
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2020 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
kahkahkah what do you expect from China? rakyat sendiri pun dia tak percaya siap surveillance tahap gaban
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2020 04:35 PM | Show all posts
eh trump ni... dah dia sendiri buat tak endah je bila covid ni merebak. suruh rakyat gi kerja mcm biasa je..bila dia punya kes paling tinggi merempan pula.

kan selalu nak jadi no 1 di dunia..ambikla..

china tu tipu2 dia pun hebat juga blh buat hospital on the spot utk tangani covid ni.. kau?

dah2..dua2 pun takleh pakai, baik china, baik us..
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2020 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak mustahil berkali ganda lebih daripada yang dilapor

kalau tak menipu..
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2020 04:44 PM | Show all posts
noor2 replied at 2-4-2020 12:16 AM
Memang China ni penipu kan. ..menipu data....

sama yg kat sini sebiji.

selagi dia boleh tipu dia tipu.

itulah DNA cina.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2020 04:44 PM | Show all posts
Walaupon data tak transparent, boleh nampak 85% kes di China berlaku di Hubei dan kurang merebak ke province yg lain. Beza dgn US, kes paling tinggi di New York yg dah cecah 80K tu lebih kurang 40% je daripada total kes.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2020 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
sapa jelah yg percaya china tu..ckit betol. padahal negara dorang punca segala2nya. negara luar yg dah tahu awal pon kenaikan banyak mendadak apatah lagi china awal2.tanpa persediaan
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2020 04:45 PM | Show all posts
x bercaya China tapi lock down juga sebagai cara China
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2020 04:51 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2020 04:56 PM | Show all posts
mmg kenalah dua ekor nih.... sekor penipu, sekor lagi arrogant........
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2020 05:13 PM | Show all posts
cicicumel replied at 2-4-2020 04:32 PM
tp china tengah gigih offer bantuan ke seluruh dunia trmasuk Malisia..

kene la cover guna something, so orang x siasat lebih2....
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2020 05:15 PM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 2-4-2020 03:30 AM

Tapi mungkin ada kebenaran juga Kenapa angka kematian di Cina rendah kerana mereka dari mula tersebarnya virus mereka di galakan pengunaan topeng muka....

Manaka dibarat penggunaan topeng muka tidak di galakan dan tidak memberi kesan apa apa kekononya.

Pengelamam saya sendiri pergi berjumpa GP waktu mulala mula virus melanda dunia eropah dahulu..My GP bagi tau tak perlu menggunakan topeng muka kerana ianya tidak memberi kesan apa apa...dan apabila saya berjalan di streets mahupun di shopping complex ....mereka memberi saya satu pandangan yang sangat melucukan seumpama saya turun dari planet lain.

Sehingga sekarang di dunia barat  penggunaan topeng muka tidak di galakan..tetapi yang sangat penting adalah selalu membasuh tangan selama 20 seconds! Dan penjarakan 2m.
Apa mereka fikir virus tu tak boleh travel melebihi 2meters? Macamana di tempat yang crowed dengan manusia seperti didalam tube? Masih lagi tak mau advices menggunakan topeng muka? Gila lah fia orang ni!


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 05:46 PM GMT+8 , Processed in 0.071430 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list