Penghujung Mac lalu, pelawak dan penyanyi Achey Bocey berkongsikan kesedihan ahli keluarganya yang berada di barisan hadapan dalam usaha mencegah penularan wabak pandemik Covid-19 di negara ini.
Kredit foto: IG
Menerusi Instagramnya, Achey mendedahkan birasnya bekerja sebagai anggota polis, manakala tiga iparnya pula bertugas dalam bidang kesihatan.
Beliau sangat sedih dengan sikap sesetengah masyarakat yang sering mencabar tugas anggota polis dan bersikap seolah-olah tidak menghargai kakitangan kesihatan.
Foto: Instagram Acheykintangkintung
"Tengok gambar kakak saya Rashidah dan Kak Mastura ni, automatik air mata jatuh. Bayangkan 18 jam dengan baju tugasan begini, itu pakai je. Diorang siap bertugas dan tugasan mereka sekarang bukan macam biasa dah berlipat ganda," tulisnya panjang lebar.
Foto tersebut dikongsikan sebagai ingatan doa atas khidmat dan tenaga yang telah dicurahkan. Achey juga mengharapkan individu yang mempunyai gejala Covid-19 tidak berahsia dengan pihak kesihatan dan sentiasa mematuhi arahan kerajaan berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan.
" SAYA KAGUM DENGAN PERJUANGAN KALIAN. Cuba korang bagi kata-kata terbaik untuk mereka!" akhiri penulisannya.
Foto: Instagram Acheykintangkintung
Perkongsian tersebut mendapat reaksi positif warganet dan rata-ratanya meninggalkan kata-kata semangat dan doa buat mereka yang bertugas. Tak kurang juga warganet yang turut sama berkongsikan cerita sama mengenai wira dan hero negara kita itu. - CARI
|