Bagi memutuskan rangkaian Covid-19, kerajaan bertindak menjaga gelandangan dalam satu tempoh tertentu manakala rakyat Malaysia yang berada di luar negara pula dipanggil pulang untuk keselamatan mereka.
Bagaimanapun, isu yang dipertikaikan ialah mengapa rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara diberi keistimewaan berbanding gelandangan?
Kredit foto: Twitter
Pusat kuarantin yang dilengkapi dengan pendingin hawa, katil bersaiz besar, wifi, televisyen dan tandas individu dikatakan seperti hotel kerana mempunyai kelengkapan lengkap lagi selesa. Mereka berada di sana selama 14 hari sebelum dibenarkan pulang atau proses seterusnya.
Menurut Hermy, sepatutnya semua orang dilayan sama rata dan bukannya dibeza-bezakan.
"i habiskan duit bayar hotel mahal mahal baik guna duit tu salur pada rakyat memerlukan atau bagi pada frontliner"
Twitter
Bukan sahaja institut awam dijadikan pusat kuarantin, tetapi dengar kata ada hotel ternama turut dijadikan pusat kuarantin, betul ke?
Twitter
Malahan mereka turut dikecam kerana kes Covid-19 terdahulu adalah dari kluster yang pulang dari luar negara.
twitter
Dalam masa sama, kerajaan Malaysia tetap dipuji kerana menyediakan fasiliti kepada gelandangan dengan baik berbanding yang dilakukan oleh negara luar kepada rakyat mereka sendiri.
Twitter
Apa pun, kerajaan Malaysia sedang cuba memberikan yang terbaik kepada rakyat Malaysia. Mungkin perbezaan ini agak ketara tetapi ia tetap untuk kebaikan semua. - CARI
|