"Saya reda. Saya anggap ia ujian Allah SWT. Kalau kita menjaga kesihatan sekalipun, tapi kalau Allah nak datangkan sakit juga, memang tak boleh elak."
Pendakwah bebas dan pelakon, Pencetus Ummah (PU) Riz reda apabila disahkan positif Covid-19.
Kredit foto: IG
Berkata kepada Harian Metro, PU Riz atau Muhammad Haris Mohd Ismail memaklumkan berita itu disahkan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), semalam.
"Saya demam sejak tiga hari lalu. Jadi, semalam (kelmarin) saya pergi buat pemeriksaan di PPUM. Apabila dihubungi tadi (semalam), hasil ujian saya positif Covid-19.
"Apa pun, saya mengharapkan doa daripada semua semoga cepat sembuh dan bebas daripada wabak ini," katanya kepada Harian Metro.
PU Riz sebelum ini menerusi Instagram mendedahkan bapa saudaranya disahkan positif virus berkenaan.
Kredit foto: IG
Semoga PU Riz cepat sembuh dan bebas daripada wabak maut ini. - CARI |