Baru-baru ini tular kisah mengenai seorang pemuda yang kelaparan namun tidak memiliki wang untuk membeli makan di media sosial.
Kejadian dikatakan berlaku di sebuah kedai makan di Cheras dikongsi seorang pengguna F@cebook Zarul Zabidi. Menurutnya pemuda itu, seorang kelindan lori, mengakui berasa segan kerana pertama kali meminta makanan daripada orang tidak dikenali.
"Kamu orang tahu apa yang budak ini ambil? Kuih seri muka dua ketul, air Milo ais sebungkus.
Saya tanya kenapa tak ambil nasi lauk atau roti canai?
(Menjawab) Saya segan bang, ini pertama kali dalam hidup saya meminta orang," tulis Zarul di Facebook.
Kredit foto: Facebook Zarul Zabidi
Pemuda itu memaklumkan pendapatannya bergantung sepenuhnya kepada operasi penghantaran lori.
"Saya kerja kelindan lori gaji ikut trip (perjalanan). Ada trip ada gaji bang," catatnya lagi.
Perkongsian Zarul dengan pemuda itu mendapat lebih 10,000 reaksi dan dikongsi lebih 4,000 warga maya.
Ternyata, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) amat mencabar bagi golongan kebanyakan, terutamanya B40 untuk meneruskan kelangsungan hidup.- CARI |