Bagi para pengikut pelakon dan deejay popular Sharifah Shahirah di Instagram pastinya mula perasan selebriti tersebut mengenakan tudung secara kasual sejak Februari tahun ini lagi. Manakala sejak musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, nampak Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera mula mengenakan tudung penuh.
IG
Memetik portal Harian Metro, Shiera memberitahu pada mulanya niat bertudung itu timbul apabila menyedari wabak Covid-19 yang melanda negara dan seluruh dunia adalah dugaan Allah SWT. Apatah lagi apabila PKP dijalankan, ia menambahkan kegusarannya.
"Memang pada mulanya saya bernazar, jika wabak ini ada penawar saya nak pakai tudung. Terlalu banyak dugaan Allah berikan sekarang. Tapi, saya fikir semula kalau tak ada penawar, takkan saya tak pakai tudung. Jadi, saya bulatkan hati dan berniat untuk terus pakai."
Bagaimanapun Shiera turut menjelaskan yang dia masih dalam proses belajar lalu meminta netizen tidak menghakiminya.
"Sebelum PKP saya memang pakai on-off dan suka-suka saja. Sekarang, saya sudah pakai dengan betul. Tapi, saya tidak boleh terus menjadi sempurna. Saya masih dalam proses belajar dan memperbaiki diri,"
Shiera yang juga penyampai radio Suria FM berkata, keputusannya itu mendapat sokongan suami, anak-anak, ahli keluarga dan rakan.
"Suami tak cakap apa. Dia sentiasa sokong saya. Walaupun ada ketika dia terlupa saya sudah bertudung. Begitu juga rakan-rakan yang sangat menyokong. Malah, ada siap bagi tudung. Azah pun siap tanya adakah betul saya sudah bertudung. Insya-Allah, saya tetap berkawan dengan semua orang."
IG
Bagi Shiera, dia masih dirinya yang dahulu cuma penambilan dan karektornya perlu lebih dijaga, terutamanya kalau tiba-tiba menjerit, dia cepat-cepat beristighfar. Tahniah Shiera yang berterus-terang mengenai penampilannya yang kini berhijab. Jadi, netizen berlembutlah kala menegur mereka yang baru berhijrah ya. - CARI
|