KREDIT : Mandela Effect Explained by Parallel Universe and Multiverse Theory, universeinsideyou.net
Pernahkah anda berada dalam satu situasi, di mana anda berasa dan yakin sesuatu perkara pernah terjadi, tetapi sebaliknya, perkara itu tidak pernah pun terjadi? Anda bertanya kepada kawan-kawan sekeliling, dan mereka pun sependapat yang perkara itu betul-betul terjadi. Tetapi, pada realiti, ia sebaliknya. Ini dipanggil sebagai Mandela Effect.
Mandela Effect ialah satu kejadian apabila kita mengingati satu perkara yang tak pernah pun terjadi, walaupun kita yakin 100% benda itu betul-betul terjadi, dan ia biasa terjadi pada satu-satu masa melibatkan jumlah orang yang ramai, boleh mencapai jutaan orang. Ia diambil sempena nama bekas presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela.
Nelson Mandela
KREDIT : PROFILE: World recalls Nelson Mandela on 101st birth anniversary, aa.com.tr
Pada tahun 1956, Nelson Mandela telah dipenjarakan. Ramai yang percaya bahawa beliau telah meninggal dunia pada tahun 1980 ketika masih dalam penjara. Pelik, apabila beliau sebenarnya masih hidup, dan hanya disahkan meninggal dunia pada tahun 2013.
Ramai keliru dengan perkara ini, kerana percaya yang Mandela betul-betul mati pada tahun 1980. Lebih pelik apabila bukan sedikit, malah jutaan orang dari seluruh dunia yang percayakannya, menjadikan pemikiran mereka sama. Kesan kekeliruan ini digelar Mandela Effect.
Contoh Mandela Effect (Edisi Looney Tunes)
KREDIT : Ever Have False Memory? You May Be Experiencing Mandela Effect, en.netralnews.com
Contoh Mandela Effect (edisi logo Volkswagen)
KREDIT : Ever Have False Memory? You May Be Experiencing Mandela Effect, urbatorium.blogspot.com
Mandela Effect (edisi Monopoly)
KREDIT : The Mandela Effect, anilbalan.com
Fiona Broome, seorang penyiasat paranormal ialah individu pertama yang mula membincangkan hal ini. Menurutnya, beliau masih ingat dengan jelas berita di surat khabar dan televisyen yang menyiarkan kematian Mandela pada tahun 1980, dan bukan 2013. Ramai yang berkongsi pendapat sama di forum-forum Internet, menyatakan mereka juga ingat tentang berita tersebut.
Fiona Broome
KREDIT : Fiona Broome, coasttocoastam.com
Kalau ingatan mereka ini salah, dari mana pula memori/ingatan mereka ini datang?
Ramai yang percaya, memori ini datang dari dunia lain. Untuk lebih jelas, sekiranya anda juga pernah mengalami Mandela Effect, ia adalah kerana memori anda yang salah itu bukan datang dari diri anda di dunia ini, tetapi dari diri anda di dunia lain. Dunia lain yang dimaksudkan ini ialah multiverse.
Secara ringkas, multiverse ialah realiti dunia yang berbeza dengan dunia kita. Contohnya, Bumi wujud dalam dunia kita yang sebenar, dan juga wujud dalam multiverse. Diri anda juga wujud dalam dunia sebenar dan multiverse.
Teori multiverse melibatkan bumi yang lebih daripada satu, penduduk yang sama tetapi berlainan realiti
KREDIT : 0 Reasons the Multiverse Is a Real Possibility, science.howstuffworks.com
Bezanya, kemungkinan dalam dunia yang sebenar, anda mungkin tidak pernah mengalami kemalangan kereta dan tiada tanda-tanda pada badan anda perah kemalangan. Tetapi, di dunia multiverse, anda pernah mengalami kemalangan kereta dengan Proton Wira warna kelabu BCX 4576, sehingga anda patah peha kanan.
Mungkin pada suatu hari di dunia sebenar, anda terserempak dengan kereta ini ketika lalu di sebuah taman. Anda merasakan yang anda pernah terjumpa kereta ini, dan anda yakin kereta ini pernah melanggar anda. Hakikatnya, anda tidak pernah pun kemalangan seumur hidup anda. Inilah contohnya.
Kalau anda menonton filem Spiderman : Far From Home, ataupun anda peminat tegar komik Marvel, anda akan biasa melihat istilah multiverse ini. Adakah mungkin ada realiti lain? Adakah ada Bumi lain, yang diri kita juga ada di dunia tersebut? Mungkinkah Mandela betul-betul mati pada tahun 1980, tetapi di realiti yang lain?
Karya marvel seperti komik superhero Marvel sangat kuat dengan elemen multiverse, demi memuatkan watak superhero dalam Marvel yang sangat ramai
KREDIT : The Multiverse is already reality in MCU and changes everything, geekdune.com
Ada satu fenomena psikologi iaitu false memory mungkin dapat jelaskannya. False memory ialah mengingati sesuatu perkara yang tak pernah pun berlaku, menyebabkan anda percaya perkara itu betul berlaku. Mungkin nampak misteri ini dah terjawab, tetapi perdebatan tentang Mandela Effect masih hangat di seluruh dunia.
False memory
KREDIT : We're underestimating the mind-warping potential of fake video, vox.com
Apa pendapat anda? - CARI |