Kisah seorang wanita OKU berkerusi roda yang dibantu oleh anggota tentera ketika mahu keluar untuk membeli barang keperluan harian telah viral di media sosi@l baru-baru ini.
Kisah wanita itu dikongsikan seorang pengguna Facebook bernama Khairul Zulkefli dan ia telah mendapat perhatian netizen.
Menurut Khairul, wanita berkenaan keluar untuk membeli barang selepas mendapat Bantuan Prihatin Nasional (BPN).
Seorang anggota tentera yang sedang bertugas bertindak mendekati wanita tersebut apabila melihat wanita berkenaan tidak memakai topeng muka. Susulan itu, anggota berkenaan memakaikannya topeng muka dan juga sarung tangan.
Rata-rata netizen yang menonton video tersebut berasa sebak dan juga sedih dengan nasib yang menimpa wanita OKU itu dan berterima kasih pada anggota yang prihatin itu.
Kredit foto: Facebook Khairul Zulkefli
Malah, Ustaz Ebit Liew turut terkesan dengan kisah wanita ini dan berjaya menjejaki beliau serta memberi sedikit sumbangan padanya.
Kredit foto: Facebook Ustaz Ebit Liew
Sesusah-susah kita, jauh lagi susah mereka. Dalam keadaan biasa pun susah, apatah lagi semasa musim COVID-19 ini. - CARI
|