Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga mulai 15 April depan, membenarkan kedai gunting rambut beroperasi.
Situasi ini sekali gus meletakkan kaum adam di persimpangan dalam memilih cara termudah menyelesaikan masalah rambut mereka yang sudah sebulan tidak dipotong berkemungkinan sudah bergulung macam beruang dan merimaskan sementelah tukang gunting rambut terpaksa tutup kedai sepanjang PKP ini.
Melalui semakan yang dibuat di Twitter, rata-rata netizen berpendapat keputusan itu kurang tepat untuk dilakukan kerana keadaan penularan wabak juga boleh menjadi lebih teruk seperti yang berlaku di negara-negara luar sebelum ini.
Kredit Foto - Twitter @mohdkhautharr
Kebenaran untuk kedai gunting rambut ini beroperasi ini turut mendapat perhatian beberapa kedai gunting rambut yang tidak bersetuju dengan cadangan itu.
Mungkin saat ini pilihan terbaik yang ada pada kaum lelaki adalah berimej botak atau biarkan saja rambut tu panjang. Kalau nak potong rambut sendiri, sila berhati-hati ye.
Kredit foto - Ihsan Pembaca Facebook
Jika melihat kepada pendapat yang disuarakan netizen serta pengusaha dan pihak berkuasa tempatan ini, adalah lebih baik sekiranya kedai-kedai gunting ini tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP.
Biarlah rambut panjang atau botak, janji masih sihat. Berambut panjang atau botak tidak membunuh sesiapa pun tapi lain jadinya jika terdedah kepada virus COVID-19. - CARI |