Berbeza dengan pasangan lain, kisah suami ini menghadiahkan reban ayam sempena ulang tahun kelahiran isterinya pada waktu PKP mendapat perhatian di media sosial.
Memetik laporan Sinar Harian, Mohd Nazri Ismail berkata dia mahu memberi kelainan pada isterinya, Rashidah A Rahman pada tahun ini.
Kredit foto: Sinar Harian
"Nak beli hadiah lain memang tak boleh kerana PKP. Kami duduk kampung jauh nak pergi ke bandar. Lagi pun tak boleh keluar.
"Jadi saya cadang buat reban ayam baru untuk isteri. Lagipun dia suka bela binatang macam ayam, puyuh dan itik. Maka tahun ini, hadiah hari lahir lebih unik dari tahun sebelumnya," ujarnya.
Nazri yang turut menyediakan kek untuk isterinya berkata, dia tidak kekok untuk memasak kerana sudah biasa berbuat demikian ketika bertugas di kapal dagang yang berpangkalan di Dubai.
"Saya tak pandai sangat masak tapi saya minat. Saya kerja di kapal, jadi kekadang di atas kapal masak sendiri, dari situ saya belajar.
"Lagipun ketika ini isteri mengalami keguguran dan pastinya di saat getir ini saya perlu menggalas tugas memasak untuk isteri termasuk dua orang anak," katanya lagi. - CARI |