|
Kredit foto: The New Straits Times
Tidak lama dulu, berita mengenai pelakon cilik, Puteri Balqis dan ibunya iaitu Norashikin Mohd Aziz yang hidup serba kekurangan mengejutkan orang ramai. Selepas keperitan hidup mereka yang menjual buku puisi Puteri Balqis bagi menampung hidup, didedahkan kepada umum, ramai yang memberi bantuan dan sumbangan.
Memetik laporan Harian Metro, Norashikin bersyukur kerana buku puisi 38 Poems of Puteri Balqis masih laris terjual dan dapat menanggung kehidupan mereka pada masa kini. Norashikin tidak menyangka bahawa buku puisi itu masih mendapat sambutan. Ketika ini, Puteri Balqis sedang menyiapkan buku puisi di dalam bahasa Melayu pula.
"Kami bersyukur buku itu masih terjual macam biasa. Tidak jangka juga ada yang terus membeli. Seperti biasa, saya akan hantarkan kecuali jika ia membabitkan kawasan zon merah Covid-19," katanya kepada Harian Metro.
Kredit foto: Astro Gempak
Apabila ditanya mengenai keperluan harian pula, Norashikin menjawab, "Syukur, semua cukup. Makan apa yang ada dan berjimat".
Melalui hasil penjualan buku puisi itu, membolehkan dia menyewa seunit lagi rumah pangsa bagi menempatkan enam orang gelandangan. Menurut Norashikin lagi, dia menyewakan unit itu buat sementara kerana mereka tiada tempat tinggal. "Mereka itu gelandangan yang kami memang kenal. Itu saja cara kami nak balas jasa peminat Balqis. Ini pun rasa tak terbalas rasanya", katanya.
Walaupun serba kekurangan, mereka tidak lokek untuk menghulurkan bantuan pada mereka yang memerlukan ketika PKP ini. Artis lain bagaimana pula? - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|