Polis menemui dadah di dalam bungkusan roti ketika sekatan jalan raya di Kampung Jawa, Klang, semalam.
Memetik Sinar Harian, bungkusan itu diserahkan pemandu e-hailing yang berasa curiga dengan bungkusan roti dan telur yang dibawanya.
Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, dalam sekatan sekitar jam 5.30 petang itu, pihaknya menerima satu bungkusan plastik berisi dua bungkus roti dan telur daripada pemandu berusia 26 tahun berkenaan.
Kredit foto: Sinar Harian
Katanya, pemandu berkenaan mula curiga apabila pelanggannya sanggup menggunakan perkhidmatannya semata-mata untuk menghantar bungkusan berkenaan dari Kampung Jawa ke Subang Jaya.
"Hasil pemeriksaan mendapati satu peket plastik lut sinar berisi leraian daun kering disyaki dadah jenis ganja seberat 14.11 gram yang disembunyikan dalam roti," katanya.
Tambahnya, keterangan pemandu terbabit diambil bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala suspek terbabit kini dalam buruan polis. - CARI |