View: 2810|Reply: 10
|
"Kita Jaga Kita" - Doktor Saran Pantang Sendiri Ketika PKP
[Copy link]
|
|
Malaysia sudah memasuki fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa sehingga 28 April.
Ibu hamil yang menunggu kelahiran sememangnya melalui saat-saat getir ketika PKP kerana masih buntu tidak dapat pulang ke kampung untuk berpantang.
Lantaran itu, Dr Imelda Balchin, Pakar Ibu Hamil & Janin menyarankan agar ibu hamil berpantang sendiri bagi mengelakkan risiko jangkitan Covid-19 berleluasa.
Kredit foto: FB
Gambar hiasan
Kredit foto: Google
Menurutnya lagi, dunia sudah mempunyai teknologi canggih bagi membolehkan kita berhubung dengan sesiapa sahaja sama ada dekat atau jauh. Begitu juga untuk mendapatkan nasihat ketika berpantang dan seumpamanya.
Dr Imelda turut mengingatkan bahawa sudah ada kes bayi positif Covid-19 dan orang muda pembawa virus yang tidak begejala membawa kematian kepada orang sekeliling.
Kredit foto: FB
"Kita boleh belajar berpantang sendiri tanpa menyusahkan orang lain. Tumpukan perhatian kepada apa yang penting seperti pemakanan sihat, penyusuan bayi, kebersihan, dan rehat.
"Benda lain yang tak perlu buat, tak payah lah buat. Jangan pantang macam-macam makanan yang berkhasiat sehingga menyusahkan diri sendiri. Bertungku, bertangas, berpilis, mandi herba, bengkung, barut, Jamu - itu semua tidak perlu untuk kesihatan. Tak buat pun tak apa. Tak buat pun kita akan sihat. Berjuta wanita lain seluruh dunia tidak ikut adat berpantang yang sama dan mereka sihat juga," katanya dalam posting tersebut.
Menjengah ruangan komen pula, rata-ratanya cuba untuk berpantang sendiri selain berkongsi resepi makanan sihat untuk berpantang. Selain itu, para suami turut memberi komen bahawa sudah biasa menjaga isteri dalam pantang dan cuba sehabis baik bagi memberikan keselesaan kepada isteri dan anak.
Kredit foto: FB
Dalam situasi genting sekarang, kita tidak boleh mementingkan diri. Duduk di rumah dan amalkan kebersihan diri. Semoga semua selamat dan wabak maut ini dapat dihapuskan dengan segera. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
I mmg tgh pantang. Tp anak kedua. Dah tahula sikit2 kalau nk compare first baby. Dulu mak jaga skrg husb jaga. Nk buek cmno musim covid ni. Nk panggil tukg urut pon seram. Xdo nk berurut.. xpela..yg penting #stayhome #staysafe hihi |
|
|
|
|
|
|
|
ni la masanya bagi husband belajar jaga bini dlm pantang |
|
|
|
|
|
|
|
Aku kesian kt my lil sis yg due datenya July ni. Now dia dok Melaka & dah plan nk bersalin kt Shah Alam. This is her first pregnancy. Brg2 baby still incomplete mcm baby cot, breast pump etc. Aku & adik beradik da offer guna brg2 baby yg still in good condition. We always give her moral support sbb dia risau dok pikir kalo tak dpt bersalin kt SA. |
|
|
|
|
|
|
|
djzara81 replied at 17-4-2020 01:37 PM
Aku kesian kt my lil sis yg due datenya July ni. Now dia dok Melaka & dah plan nk bersalin kt Shah A ...
Jauhnya.. klau mcm air ketuban pecah kat melaka, sempat ke nak pergi shah alam? |
|
|
|
|
|
|
|
lattehazelnut replied at 17-4-2020 02:03 PM
Jauhnya.. klau mcm air ketuban pecah kat melaka, sempat ke nak pergi shah alam?
Kalo dah ditakdirkn pecah ketuban kt melaka, bersalin kt melaka jelah nmpknya. My sis nk cuba dptkn kebenaran from doktor & polis utk blk SA bulan June. Kalo x dibenarkan gak, then she has to pantang with her hubby by her side. Nasib baik ade ramai sedara mara kt melaka. |
|
|
|
|
|
|
|
Betul tu ikut je lah nasihat doktor jangkitan wabak mudah tersibar. Kalau diluar negara dah ada banyak kes bayi baru lahir terkena wabak ni amat menyedihkan |
|
|
|
|
|
|
|
bila para ibu kna bpntang sndri ni hrap suami ringan tulang mmbantu uruskn ank2 yg lain or tlong jagakn kperluan isteri spnjang bpntang. |
|
|
|
|
|
|
|
Iolls ok je nak pantang sendri, due awal bln 6...sempat beli brg bb skit2.. lain2 sume order kt shopee..cuma part urut tu je ...harap2 setel la pkp ni by june |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dipermudahkan segala urusan ibu ibu semua |
|
|
|
|
|
|
|
Apsal menu berpantang korang sedap2 berminyak goreng2 bagai? |
|
|
|
|
|
|
| |
|