"Rupa-rupanya Julia Rais bukanlah pilihan utama memegang watak Mira Edora."
Tahun ini mencatat keramat bagi filem Mira Edora yang dihasilkan pada tahun 1990. Ia bermakna sudah 30 tahun usia filem kekeluargaan hasil karya novelis, Khadijah Hashim.
Ig
Rentetan itu, pengulas Trivia Artis Malaysia, Sepit Siput mencatatkan beberapa momen penting untuk dikenang kembali.
IG
Seperti yang dikongsikan oleh pengarah filem ini, Zulkifli M.Osman, 21 yang buat pertama kalinya menangani layar perak, usia muda tidak mengehadkan kreativitinya malah berbekalkan ilmu mengarah drama swasta sebelum itu, karya ini disifatkan malar segar.
Ig
Malahan apa yang agak mengejutkan ialah pendedahan bahawa aktres utama Mira Edora adalah sepatutnya milik model Sherry Siebel. Akan tetapi, tetapi menjelang penggambaran, Zulkifli nekad menukar pelakon sekaligus menjadi rezeki buat Julia Rais yg ketika itu baru berlakon filem Hati Bukan Kristal.
Ig
Ternyata pelakon Pan Asian itu berjaya membawa watak remaja yang keliru antara sayang kepada ibunya dan cinta kepada gurunya.
Malahan bakat yang pernah memenangi Anugerah Bintang Harapan menerusi filem Hati Bukan Kristal itu sangat menambat hati ramai peminat.
Youtube
Selain itu, antara trivia yang tak kurang menarik juga ialah watak yang dibawa oleh Azhar Sulaiman sebenarnya adalah milik Man Bai.
Begitu juga dengan penampilan pertama aktres Sofea Jane sebagai kawan Mira. Biarpun kecil, ia tetap menjadi tumpuan ramai peminat.
"I'm talking to you Mira."
Dialog Hapipah yang dibawa oleh Norkumalasari kepada Mira menjadi dialog klasik yang malar segar dan menjadi ikutan pada era tersebut.
Akan adakah filem adaptasi novel yang berkualiti seperti ini lagi? - CARI
|