Kredit foto: Google - Gambar Hiasan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah masuk fasa ketiga. Tapi, ramai masih ingkar dan memberikan 1,001 satu alasan untuk tidak tetap di rumah.
Pada fasa ini, pihak berkuasa yang membuat sekatan jalan melakukan pemeriksaan ketat bagi mengelakkan orang ramai mengambil kesempatan melanggar PKP sesuka hati.
Buat masa ini, individu yang melanggar PKP akan terus ditahan untuk siasatan sebelum dirujuk ke mahkamah keesokannya bagi pendakwaan mengikut Akta Polis dan Akta Penyakit Berjangkit
Perkongsian dari seorang pengguna Twitter ini mengundang perhatian warga maya mengenai kisah seorang pemuda berusia 17 tahun yang sanggup keluar semasa PKP dengan alasan mahu menghantar makanan kepada teman wanitanya.
Apabila ditanya majistret sudah berapa lama berpasangan, pemuda berkenan dengan jujur menyatakannya.
"2 tahun 14 hari," jelas pemuda itu dengan begitu terpeinci sekali sehingga mengundang geli hati majistret bertugas.
Pemuda berkenaan direman dua hari dalam lokap atas keingkarannya.
Warganet memberikan pelbagai reaksi di atas 'pengorbanannya' itu.
Jangan main-main dengan effort lelaki...
Sanggup lakukan perkara sia-sia....
Tinggi sangat KPI ko dik...
Kredit foto: Twitter @zakishh25
Bila dah sayang, sanggup berkorban dan berjuang demi cinta. Lautan api sanggup kurenangi, apalah sangat roadblock dan tidur lokap tu. - CARI
|