Hampir semua manusia di seluruh dunia terpaksa berkurung di dalam rumah sebagai langkah utama dalam mengekang penularan jangkitan virus COVID-19 hingga menjadikan bandar-bandar yang dahulunya sesak, kini sepi seakan-olah tiada manusia.
Sebaliknya pula yang berlaku pada sebilangan besar haiwan liar yang dahulunya hidup secara tersepit akibat ancaman manusia, kini bergerak bebas menikmati kehidupan.
Pengguna Twiter, Stance Gronded, berkongsi video mengenainya.
Twitter
Bagi golongan pencinta haiwan, inilah saat yang dinantikan apabila melihat haiwan liar bebas bergerak ke sana dan ke sini tanpa sebarang ancaman.
Twitter
Tular juga beberapa video yang memaparkan situasi sama.
Sementara itu, di India pula tular seekor monyet bermain layang-layang di atas bumbung sebuah rumah.
Penduduk setempat yang sempat menyaksikan kejadian bersorak sambil memerhatikan gelagat monyet itu.
"Monyet terbangkan layang-layang ketika perintah berkurung. Planet of Apes kini menjadi realiti," tulis pemilik akaun Twitter yang menyaksikan kejadian berkenaan.
Twitter
Mungkin pada sesetengah orang, perintah lockdown ini menyukarkan kerana segala pergerakan dan aktiviti terbatas, tapi mungkin satu kelegaan pada haiwan-haiwan ini.
Benarlah kata orang, di sebalik setiap ujian pasti ada hikmahnya. - CARI
Post time 19-4-2020 05:02 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Seronok tgk, haiwan2 ni bebas je tanpa manusia. Sedih dgn hakikat yg selama ni manusia mcm kita ni la yg membuat kerosakan di bumi dan menyebabkan kehapusan haiwan2 ni
Post time 20-4-2020 12:53 AMFrom the mobile phone|Show all posts
munchkin: Reflect balik kita yg dah lama menganiaya ambil tempat biantang. Rumah smapai nak 10. Tak cukup2 pembinaan. Manusia tamak. Kesian haiwan2.
Haritu iols ckap si milah beli rumah sampai 10tu tamak. Tp iols kena kutuk. Lolz. Sebenarnya kalau kita ambil hak orang walau kita beli tp dengan sebab kita beli tu orang lain takleh beli atau menyebabkan orang lain xmampu beli sbab harga naik, memang dosa kalau ikut ugama islam lupa ustad mana explain pasal hal ni. Terpakai pada barang2 asas la yng merupakan keperluan semua manusia.