IPOH – Polis menahan seorang lelaki yang bekerja sebagai jurujual jam dan seorang pelajar kolej wanita, kerana disyaki terlibat dalam kes mempersendakan agama Islam melalui rakaman video yang tular di media sosial, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP A. Asmadi Abdul Aziz berkata, pasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) menahan suspek lelaki berusia 20 tahun itu di Taman Kledang, Menglembu dekat sini, pukul 11.15 malam tadi, sebelum menahan rakan sebayanya, di Taman Silibin Ria.
“Lelaki itu mengaku melakukan watak solat dalam video berkenaan dan rakan wanitanya mengaku merakam perbuatan tersebut menggunakan telefon miliknya, dengan niat untuk bergurau di sebuah inap desa di Taman Lapangan Terbang, sebelum memuat naik di Instagramnya.
“Rakaman itu dilakukan pada 28 Okt lepas kira-kira pukul 1.27 pagi, berdasarkan semakan di telefon bimbit berkenaan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
A. Asmadi berkata, siasatan awal mendapati wanita itu telah memadamkan video yang dimuat naik di laman Instagramnya kerana takut, setelah ia menjadi tular.
Katanya polis telah merampas dua unit telefon bimbit dan kedua-dua individu tersebut direman empat hari sehingga 22 April ini, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948; Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955; Seksyen 298 Kanun Keseksaan; dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.
Video berdurasi 28 saat itu, menunjukkan seorang lelaki berbaju hitam dan berseluar pendek hitam, sedang melakonkan solat dalam keadaan bergurau, sambil gelak ketawa bersama rakannya.
Post time 19-4-2020 10:08 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Lepas tu bangsa dia pun sama komen mempersendakan.. ioilss tak berani nak ejek agama org lain sembahyang. Even nampak nenek ioilss sembah pun ioilss takut.. takut benda2 mcm tu ada penghuni..
dulu dah ada kes cina sepet hina islam
kalau tak silap kena hukuman 2 tahun
tetiba cina sepet DAP minta diringankan hukuman atas alasan minta buat dulu pemeriksaan mental
tu masa PH/DAP berkuasa
boleh search berita benar ni
Post time 19-4-2020 10:10 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Mungkin mamat cina tu dah lama teringin nak solat kebetulan terjumpa sejadah di inap desa lantas membuat amali sbb heshe nampak mcm tau asas pergerakan solat. Done husnuzon gitteww
tak jugak... aku baru2 ni ada je masuk conversation dengan rakan sekerja sesama melayu la kitorang semua dok kutuk orang bukan islam ni sembah apa dok sembah patung buatan manusia bukannya patung tu boleh buat apa pun. tapi kitorang tak adalah bodoh pergi rakam pastu post kat socmed bagai. tapi kitorang memang kutuk kaw2 la kata depa bodoh apa semua.