View: 1010|Reply: 3
|
Jangan Gusar, Ujian Swab Covid-19 Tidak Batalkan Puasa
[Copy link]
|
|
Bagi mereka yang bimbang atau keliru dengan hukum ujian swab boleh menyebabkan batal puasa bagi mereka yang menjalaninya, hari ini Jawatankuasa Fatwa Perlu memutuskan ujian tersebut tidak membatalkan puasa.
Memetik laporan Harian Metro, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, kaedah yang digunakan KKM didapati tidak membawa gambaran sebagai makan dan minum.
“Maka puasa individu yang sah secara yakin tidak boleh dianggap batal hanya kerana timbul sesuatu yang syak atau wujud sesuatu andaian.
Kredit foto: Reuters
“Malah alasan memasukkan sesuatu ke al-Jauf (rongga dalam) sebagai sebab pembatalan puasa turut menimbulkan perbezaan pendapat yang luas dalam kalangan ulama mazhab.
“Pandangan yang menguatkan ujian swab tidak membatalkan puasa adalah bertepatan dengan pandangan sebahagian ulama Hanafi kerana syarat bagi sesuatu yang masuk ke rongga dalam mestilah bersifat kekal di dalamnya (rongga) serta tidak mempunyai sambungan dengan alatan lain di luar badan,” terangnya.
Malahan katanya lagi, dalam al-Majma’ al-Fiqhi al-Islami ada menyenaraikan mekanisme perubatan yang tidak menyebabkan puasa terbatal. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
korek hidung pon x batal puasa |
|
|
|
|
|
|
| |
|