Beberapa hari sahaja lagi seluruh umat Islam akan mengerjakan rukun Islam yang ketiga iaitu ibadah puasa. Bulan puasa atau bulan Ramadan sangat signifikan dengan kewajipan zakat fitrah.
Tahukah anda bahawa zakat fitrah bukan hanya berdasarkan beras yang kita makan? Menerusi portal rasmi Lembaga Zakat Selangor, kita digalakkan untuk membayar kadar zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan.
Ustaz Faisal Rahim seorang amil zakat berpengalaman berkongsi mengenai perkara ini melalui Twitternya. Menurut beliau pada masa kini golongan berkemampuan menggantikan beras dengan bijirin quinoa atas faktor kesihatan. Maka kadar zakar fitrah adalah berbeza.
Kredit foto: Twitter Faisal Rahim
Zakat fitrah untuk golongan yang makan beras biasa juga berbeza mengikut jenis beras.
Kredit foto: Twitter Faisal Rahim
Namun, menurut Ustaz Faisal, bayaran zakat fitrah akan dilaksanakan secara online pada tahun ini kerana wabak COVID-19. Lagipun kaedah ini lebih selamat dan pantas.
Cuma, bila bayar secara online, tidak dapat lah bersalam dan didoakan oleh amil. Walaupun bersalam dan doa dari amil bukan syarat sah bayar zakat fitrah, ternyata perbuatan itu kadangkala menyentuh hati pembayar zakat hingga ada yang menitiskan air mata.
Kredit foto: Twitter Faisal Rahim
Kesimpulannya, cara penentuan kadar zakat bukan sekadar pada harga beras yang kita makan. Namun, pembayaran zakat fitrah itu sebagai pembersihan harta kekayaan dari hak-hak fakir miskin. Manakala ibadah puasa merupakan pembersih dari kesia-siaan dan perkataan buruk.- CARI
|