Ustaz Ebit memang terkenal pemurah dan sering membantu ramai orang terutamanya sejak wabak COVID-19 melanda negara kita.
Malah, aktiviti tersebut sering dikongsikan di laman sosi@lnya dan mendapat pujian netizen.
Namun bantuan terkininya pada keluarga yang bergelumang sampah nun di utara mengundang pendebatan pelbagai pihak termasuklah individu yang sama aliran dengan beliau.
Kredit foto: Facebook Ustaz Abu Syafiq
Seorang pendakwah Ustaz Abu Syafiq didakwa memuat naik status seakan kurang bersetuju dengan apa yang dilakukan Ustaz Ebit Lew. Menurutnya, berkongsi gambar dan video orang miskin yang susah adalah perbuatan haram kerana dikhuatiri boleh mengaibkan mereka.
Netizen beranggapan kenyataan berkenaan ditujukan kepada Ustaz Ebit Lew. Ini menimbulkan rasa kurang senang di kalangan netizen.
Oleh kerana ramai yang mengkritik, Ustaz Abu Syafiq tampil memberi penjelasan sebenar mengenai perkara itu.
" Saya tak tahu apa-apa. Kenyataan saya itu adalah berdasarkan pertubuhan di negara luar dan kesannya ada berlaku di negara kita di Malaysia.
Derma itu tidak disalurkan dengan betul. Saya tak tahu langsung mengenai ustaz itu. Bukan dituju kepada ‘dia’. Saya tak tahu langsung.
Demi Allah saya tak tahu ustaz yang dimaksudkan menayangkan gambar-gambar dan video tersebut. "
Menurutnya, status tersebut sebenarnya merujuk kepada fatwa ulama Mesir yang mengharamkan tayangan gambar atau video orang miskin yang diberi bantuan kerana bimbang akan memalukan mereka.
Tambahnya lagi, kita sebagai umat Islam harus menutup aib sebagaimana Allah menutup aib kita semua.
Kalau tak betul, tak mengapalah ustaz. Tak seronok pula bila lihat ada ustaz bergaduh sesama mereka.
Netizen semua bersangka baiklah. Takkanlah golongan yang sangat 'faqih' ini lupa segala ayat Al-Quran dan Hadith tentang persaudaraan dan kasih sayang yang mereka pelajari selama ini. - CARI |