Kengsom adalah Asam Pedas Siam yang menggunakan bahan-bahan lebih kurang sama dengan asam pedas di Malaysia.
Bezanya kengsom menggunakan buah nenas dan kangkong sebagai sayurnya. Rasa kengsom yang masam dan pedas memang sesuai dengan selera dan cita rasa orang kita.
Kami kongsikan resipi siakap kengsom menggunakan ibu sambal.
Bahan-bahannya; 1 ekor ikan siakap seberat 1 kg, 3 sudu ibu sambal, 2 sudu serbuk kunyit, sedikit belacan, 1 batang serai, hirisan halia, air asam jawa, hirisan nenas, 3 biji cili api, 1 genggam kangkong, perahan air limau nipis dan sedikit hirisan tomato.
Manakala cara memasaknya sila rujuk tutorial video sebagaimana pada pautan di bawah. Selamat mencuba resipi Kengsom ala Thai.
Selamat menunaikan ibadah puasa saya ucapkan kepada semua muslimin dan muslimat.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Ooooo...bunga kantan & terung....makin wangi dan manis laaaaa kombinasi kedua-dua tu...Saya biasa guna kangkong & nenas...bunga kantang guna bila buat asam pedas...
Post time 13-5-2020 06:36 PMFrom the mobile phone|Show all posts
rohayatimat replied at 13-5-2020 04:28 PM
Ooooo...bunga kantan & terung....makin wangi dan manis laaaaa kombinasi kedua-dua tu...Saya biasa ...
Belah Thailand mana entah memang diguna bunga kantan. Terung akak tambah sebab suami dan anak2 suka makan terung. Serasi rupanya. Kalau xde yg suka makan terung kat rumah tt, x perlu masukkan. Tp bunga kantan memang kasi satu rasa dan aroma yg sangat menyelerakan bagi kitorngZ
Insha Allah, nanti saya usahakan bersama gambarnya sekali, tanpanya artikel kurang menarik.... Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua, maaf, zahir dan batin...
Post time 14-10-2020 07:56 AMFrom the mobile phone|Show all posts
1st time mkn kengsom ni ms kat Danok. terus jatuh cinta. frust betul bila mkn kengsom restoran kt malaysia ni x ada satu pun yg sedap, yg btl2 rs kengsom. byk yg rs terlebih kunyit