Kita pasti pernah mendengar ungkapan, anjing kawan baik kepada manusia. Binatang yang comel dan manja ini menjadi pilihan orang ramai untuk menjadikan mereka sebagai haiwan peliharaan di rumah masing-masing.
Namun sebaliknya yang berlaku di China. Yulin, salah bandar di wilayah Guanxi, China menjadikan anjing sebagai menu utama pesta meraikan kedatangan musim panas.
Kredit foto:coalpower.co
Festival ini dijangka berlangsung selama 10 hari pada tahun ini bermula pada 21 Jun 2020. Anjing liar dikhuatiri mengandungi penyakit seperti rabies namun nampaknya masalah ini tidak dihiraukan oleh penggemar daging anjing.
Memetik laporan Independent UK, penduduk Yulin akan menjamu selera dengan daging anjing yang dijual dalam pelbagai jenis masakan, dilengkapi dengan arak atau air laici. Menurut mereka, makan daging anjing ketika musim panas dalah baik untuk kesihatan.
Kredit foto: Dailymailuk - Ada di antara anjing-anjing yang ditangkap mempunyai kolar pada leher menandakan ia adalah anjing peliharaan
Festival yang dimulakan sejak tahun 2009 ini walau bagaimanapun mendapat tentangan dari sebahagian masyarakat China sendiri serta aktivis negara lain termasuk lah para selebriti untuk menghentikan kekejaman terhadap haiwan ini. Lihat video.
Mana taknya, anjing-anjing ini dipukul bertalu-talu di kepala, disiat kulitnya semasa masih hidup, samada oleh peniaga atau pembeli, disembelih sebelum direbus atau dibakar.
Perkara ini dinafikan penduduk Yulin malah penyokong festival ini menyamakan makan anjing seperti sambutan Thanksgiving ataupun Hari Raya Korban ketika masyarakat dari budaya yang lain makan lembu atau ayam.
Makan anjing, dan membunuh binatang dengan kejam adalah dilarang di dalam agama Islam.
Hanya di negara China, anda boleh makan apa saja yang terlintas di fikiran anda; kucing, anjing, ular, biawak, buaya, malahan janin bayi pun ada! - CARI |