Penghantar barangan menegaskan mereka tidak akan menuruti kerenah pelanggan yang culas puasa di bulan Ramadan.
"Kami tak layan orang culas puasa," kata Mohd Syahid Daud, 21 kepada Harian Metro.
Dedahnya, sepanjang tiga bulan menjadi penghantar barangan, dia dan rakan setugas bertegas tidak akan melayan karenah 'geng plastik hitam'.
Foto: Harian Metro
"Kami tahu mengenai geng plastik hitam namun kami tidak akan layan mereka.
"Walaupun letih berpanas dan perlu meredah perjalanan jauh, kami tetap terus berpuasa. Mengapa pula kami layan sikap malas orang culas puasa ini?" katanya.
Jelasnya, mereka tidak akan sekali-kali menggunakan laluan tikus untuk menghantar makanan kepada geng berkenaan lebih-lebih lagi mereka juga perlu melalui sekatan jalan raya seperti pengguna jalan raya lain selain mematuhi garis panduan majikan. - CARI
Post time 24-4-2020 05:33 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Boleh ke request tolak order? Rider kan just menghantar aje. Mana la tahu yang order lelaki, tapi nak bagi makan ke anak anak. Emm kena husnuzhon la rider sekalian dan berdoa moga tak tersalah hantar.
Post time 24-4-2020 06:53 PMFrom the mobile phone|Show all posts
I teringat dulu2 pernah naik cab tengah hari dr jln semarak ke jalan tar.. driver cab tu budak muda awal 20an.. depa kan ada walkie talkie sesama depa, masa driver tu dengar la kat hujung walkie talkie driver cab lain cucuk2 driver ni ajak makan.. bukan main beradab driver tu menolak tapi yg hujung tu memujuk bagaikan syaitan yang direjam.
I berbulu je dengar, kesian driver cab muda ni, berat cabaran dia di bulan puasa.