Selepas hampir lebih seminggu penubuhan kumpulan Masak Apa Tak Jadi Hari ini, himpunan masakan tak menjadi dengan kapsyen yang menghiburkan hati, satu laporan polis telah dibuat mengenai satu hantaran oleh salah satu ahli dari kumpulan itu sendiri.
Wanita berkenaan membuat laporan polis berhubung hantaran beliau mengenai masakan pau hangusnya di laman kumpulan itu yang didakwa menerima komen yang tiada kena mengena dengan masakannya.
"Dah macam pau kau kena ramas ramai-ramai. Deje."
"Try hard nak jadi bod0. Bat@k like. Ni nampak tua. Tak lawa. Dah lanjut menggelebeh. .."
"Bab1 aku kukus jagung letak dalam bekas plastik tak hangus la makcik"
Kredit Foto - Facebook Chef Amer
Nampaknya tujuannya asal kumpulan ini diwujudkan untuk menaikkan tahap keyakinan mereka yang tidak pandai memasak ataupun meminta panduan rakan-rakan ahli untuk menunjukkan resipi dan cara memasak yang betul sudah lari dari landasannya.
Sesetengah orang meninggalkan komen melampau dan mencela makanan yang dimasak oleh orang lain sehingga menyebabkan ada yang terasa hati dan membuat laporan kepada pihak berkuasa.
Berbaloi ke berkelahi sampai begini? Memanglah hak untuk membuat laporan polis adalah hak setiap orang. Dalam SOP polis, setiap laporan wajib diterima walau dari sesiapa pun.
Pun begitu, walaupun hak membuat laporan polis adalah hak semua, sebaiknya masyarakat menggunakan pertimbangan yang rasional sebelum menyusahkan penjawat awam bernama polis ini.
Hidup ini bosan dan suram jika semua orang terlalu serius. Tapi melawak dan bergurau pun ada hadnya.
Penerimaan wargamaya pun berbeza-beza. Berhati-hatilah membuat hantaran dan meninggalkan komen di media sosi@l. - CARI
|