Kita pernah muda dan bercinta. Saat itu terasa semuanya indah belaka. Apa yang dirancang pasti dilakukan berdua walau ke mana sahaja.
Tetapi, sejauh mana kemanisan itu berkekalan? Atau perlukah kehidupan bercinta dicorakkan oleh pasangan yang belum tentu akan menjadi hak yang halal?
Inilah yang melanda kebanyakan pasangan remaja hari ini. Disebabkan berjauhan dek Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ada pasangan kekasih yang membuat jadual untuk teman lelakinya semata-mata untuk melayan dirinya yang kebosanan.
Bunyinya macam menjaga, tetapi kebanyakan jadual itu memerlukan si lelaki membuat laporan tentang pergerakannya.
Jadi, di mana nilai hidup seorang khalifah jika sebahagian besar hidup dihabiskan hanya untuk memahami wanita?
Mari lihat apa yang dikongsikan Amirul Ruslam di Twitter ini.
Twitter
Menurut Amirul, lelaki sekarang menjadi lembik kerana terlalu mengikut kehendak wanita sehingga mengabaikan tanggungjawab dan peranan sebagai lelaki.
"Bila lelaki fokus buat hal lelaki, dikatakan sombong. Tapi, bila lelaki ambil tahu hal make-up wanita, dikatakan cute & caring."
Foto: Twitter
Namun, apabila wanita terlalu mengawal kehidupan teman lelakinya, maka jadilah ia satu hubungan yang terlalu kaku dan akhirnya membosankan. Tidak mustahil teman lelaki lama-kelamaan akan bosan dengan rutin tersebut.
Foto : Twitter
Selain itu, ramai juga mempersoalkan kekerapan perbualan mereka berdua yang seolah-olah tiada masa untuk diri sendiri. Baru bercinta kot, belum lagi tinggal sebumbung dah macam ni.
Foto : Awesome blog
Jadi, bagaimana? Adakah percintaan anak muda yang dipisahkan jarak, namun didekatkan dengan teknologi canggih sebegini baik atau sebenarnya memporak-perandakan lagi kehidupan sebenar? - CARI
|